Adakah pelaburan yang memenuhi ciri2 pelaburan seperti berikut?
- Pelaburan yang mampu memberi pulangan keuntungan tahunan melebihi 15-20% jauh lebih baik daripada ASB, Simpanan Tetap (FD), unit trust, mutual fund atau takaful.
- Risikonya adalah yang PALING rendah untuk mengalami kerugian. Dalam bahasa mudahnya, duit yang anda labur tu tak ‘hangus’ begitu sahaja. Anda inginkan pelaburan yang PALING selamat.
- Pelaburan yang tak perlu anda nak bersusah-payah tengok graf depan PC siang-malam-pagi-petang. Contoh di sini adalah seperti pelaburan di pasaran saham atau FOREX. Risiko untuk anda hilang duit memang tinggi kalau tak sentiasa pantau pergerakan graf!
- Mempunyai tahap ‘kecairan’ yang tinggi. Maksud kecairan ialah keboleh-upayaan untuk pelaburan anda itu ditukarkan semula kepada wang tunai pada bila-bila masa. Mana tahu tiba-tiba anda memerlukan wang tunai dalam keadaan yang terdesak.
- Pelaburan yang kalis inflasi. Wang yang anda laburkan itu tidak mengalami susut nilai dari segi matawang. Tak kira walaupun nilai matawang jatuh akibat inflasi, pelaburan anda masih kekal nilainya. Malah bertambah-tambah nilai pulangannya.
- Tak perlukan modal besar berpuluh-puluh ribu RM seperti pelaburan hartanah. Belum masuk lagi soal urusan prosedur jual-beli, urusan dokumen, serta upah lawyer untuk pemilikan hartanah tersebut. Makan masa berbulan-bulan baru settle.
- Jenis pelaburan yang boleh membuatkan anda berasa bangga apabila bercakap mengenainya bersama-sama rakan, ahli keluarga dan sanak-saudara anda. Bukan seperti kalau anda join MLM atau Insurans. Memang CONFIRM saya gerenti, anda pun macam ‘malu-malu kucing’ untuk nak bagitahu yang anda sedang jalankan perniagaan tersebut.
cool.... x sabar rasanya nak melabur ni...
ReplyDeletesikit2 lama2 jadi timbunan emas. :)
ReplyDelete