Home » » Insuran Nyawa Bahagian 1

Insuran Nyawa Bahagian 1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Saya kongsikan ilmu berkaitan Insuran Nyawa sebagai rujukan dan pedoman semua yang membaca. Ini kerana Insuran Nyawa tersangat penting dalam perancangan kewangan semua individu dan ianya haruslah disesuaikan mengikut keperluan masing-masing. Keperluan antara individu adalah berlainan.

PENDAHULUAN

Kebanyakan masyarakat khususnya masyarakat melayu memandang remeh  tentang keperluan Insuran dalam kehidupan mereka. Sebahagian mereka tidak berminat atau seolah melarikan diri setiap kali perunding insuran cuba mendekati mereka. 

Kenapa ia berlaku? Banyak faktor yang menjadi penyebabnya dan salah satunya adalah kerana masyarakat tidak faham peranan dan kepentingan INSURAN yang sebenar. 

Jom kita bincangkan. Apa sebenarnya INSURAN? 

Terdapat banyak jenis insuran yang ditawarkan oleh syarikat Insuran. Insuran bagi perlindungan Wanita, Medikal Kad, Haji & Umrah, dan bermacam-macam lagi. Namun insuran yang paling ASAS yang juga paling PENTING ialah INSURAN NYAWA.

Insuran Nyawa adalah satu kontrak/polisi yang dtandatangani oleh seseorang untuk membolehkan syarikat insuran menanggung kos kehidupan dirinya atau keluarganya ketika mana dirinya tidak boleh bekerja (mencari wang untuk hidup) kerana hilang upaya atau meninggal dunia. 

Jumlah yg diinsurankan dipanggil WANG PAMPASAN, yang akan digunakan bagi meneruskan kehidupan si empunya polisi atau sebagai harta peninggalan kepada waris yang ditinggalkan.

Insuran Nyawa terbahagi kepada 3 perlindingan/pampasan asas.

Apakah 3 asas perlindungan itu dan bagaimana mengira 'wang pampasan' akan dikongsi di post seterusnya..


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.