Home » » Kenapa beli emas?

Kenapa beli emas?

Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.

Dinar EMAS from Public Dinar
Dinar EMAS dari Public Dinar
Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak yang stabil sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman nabi Muhammad SAW, hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham.

Ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
Lebih kecil drpd tapak tangan..senang dibawa kemana-mana :)
Lebih kecil drpd tapak tangan..senang dibawa kemana-mana:)
www.publicdinar.com : credit to https://www.facebook.com/fithrie/notes

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.