Home » » Siapa yang memerlukan Supplement?

Siapa yang memerlukan Supplement?

Dengan kehadiran lambakan restoran fast-food dan budaya makan luar, ramai yang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Hasilnya, badan menjadi lemah lesu, kurang ber tenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.
Oleh itu pengambilan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian  sebagai pencegahan kepada penyakit, letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.




Sesetengah orang pula perlu zat tertentu untuk keperluan harian. 

Mereka termasuk yang mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi), perokok, mereka yang aktif secara fizikal, yang berumur lanjut dan kanak-kanak.

Berikut adalah cadangan tambahan zat, supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.

1.   Ambil sekurang-kurangnya  2 vitamin anti oksidan.
Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh dan penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan Vitamin E (200-400iu) boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak. Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.

2.   Tambah kalsium setiap hari.
Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan. Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.

3.   Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
Folate 400ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim, kanser colorectal dan paru-paru. Folate juga boleh melindungi dari penyakit jantung.

4.   Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.
Kekurangan zat yang ketara bagi mereka yang berumur adalah Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Folate. Kekurangan zat mineral seperti Zink, Magnesium dan Kalsium boleh menyebabkan masalah kesihatan.

5.   Kanak-kanak
Kerap kali kita perasan anak-anak tidak suka mengambil sayuran dan adakalanya mereka telah pun putus susu terlalu awal. Kanak-kanak perlukan zat Omega-3 dalam pemakanan bagi membantu pertumbuhan badan yang sihat dan perkembangan otak. Selain itu Omega-3 memperkuat sistem imunisasi badaan dan mereka tidak mudah dijangkiti batuk, selsema dan asma.

6. Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
a.   Perempuan yang masih datang haid perlu zat besi tambahan.
b.   Vegetarian perlu tambahan vitamin B12.
c.  Perempuan Hamil : Penjagaan pemakanan dan pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung. Pada ketika ini banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Semasa mengandung, ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk. Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan ‘lebih’. Oleh itu, pertumbuhan bayi bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna.
d. Ibu selepas bersalin/melahirkan:  Kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan menyebabkan ibu2 perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.
e. Ibu yang menyusu/breasfeed mommies: Kualiti susu ibu amat perlu ditekankan. Omega-3 membantu keperluan pertumbuhan otak dan emosi dan Vitamin C fokus kepada sistem imunisasi bayi. Multivitamin pula untuk pertumbuhan dan pembesaran  bayi secara lengkap dan menyeluruh.
Manakala Alfalfa, vitamin untuk si ibu sebagai peransang mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.