Home » » SUPLEMEN untuk semua. UBAT untuk yang sakit sahaja.

SUPLEMEN untuk semua. UBAT untuk yang sakit sahaja.

PERBEZAAN SUPLEMEN DAN UBAT

Oleh kerana terlalu banyak ubat dan suplemen yang dipasarkan dan dijual sama ada di hospital, klinik, farmasi dan secara online, kita sebagai orang Islam harus berhati-hati. Bahan-bahan yang digunakan mestilah halal digunakan. 

Dalam keadaan tertentu di mana tidak ada bahan yang boleh dijadikan ubat bagi mengubati sesuatu penyakit, orang Islam diharuskan mengambil bahan-bahan yang haram untuk pengubatan. 

Tetapi pengecualian ini tidak tertakluk pada supplemen kerana suplemen bukanlah ubat yang sangat diperlukan merawat penyakit. Supplemen hanyalah membantu seseorang untuk menjadi lebih sihat dan membantu proses penyembuhan penyakit.

Terdapat perbezaan antara ubat dan suplemen. 


>>Ubat hanya dimakan oleh orang yang sakit dan memberikan kemudaratan pada orang yang sihat. 


>>Sementara supplemen boleh digunakan oleh orang yang sakit dan orang yang sihat. 

Jadi pastikan adakah yang kita ambil itu jatuh dalam kategori ubat atau supplemen.

Sumber
http://drzubaidi.com/blog

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.