Home » , » Kali pertama berkursus dengan Shaklee

Kali pertama berkursus dengan Shaklee


New Distributor Training
Tarikh : 16 December 2013
Lokasi : Classic Ballroom, Holiday Villa Subang Jaya


Seawal 8:55am kami (saya dan bisness partner Nor Azila) dah sampai ke destinasi. Alhamdulillah. Jadi Early Bird ni memang best, sebab boleh pilih tempat duduk sesuka hati dan kami memilih untuk duduk di bahagaian PALING DEPAN & DITENGAH-TENGAH.


Seperti biasa saya akan duduk depan di mana-mana saja bila ada peluang. Apatah lagi kalau saya perlu membaca apa yang ada di depan saya. 

Antara sebab musabab utama ialah :

1. Maklumat yang jelas  
Memang untung mereka yang duduk dibahagian hadapan ni akan mendapat informasi yang lebih jelas berbanding di belakang. Sekiranya tidak faham sekalipun, mudah saja untuk bertanya soalan untuk penjelasan yang seterusnya. Dalam masa yang sama kena faham betul-betul sebab ada potensi untuk Presenter tanya soalan pop kuiz.. :)


2. Kerabunan. Rabun Jauh yang sedikit tetapi silau yang agak tinggi. 

Tiada masalah bagi yang bercermin mata tetapi saya tidak gemar menggunakannya. Mungkin akan terbuka hati dan suka nak menggayakannya bila si dia hadiahkan sepasang kaca mata VictoriaBeckham  macam ni kot.

Owh, jom imbas kembali ilmu tentang jenis-jenis rabun dan perbezaannya.



Ini adalah kursus Shaklee pertama yang saya hadiri walaupun dah berbulan-bulan mendaftar sebagai SID (Shaklee Independant Distributor) dan dah naik Rank Supervisor. 

Kursus seperti ini sememangnya amat penting untuk :
  • mendapat maklumat tepat tentang perniagaan yang kita jalankan
  • mengetahui latar belakang syarikat dan visi syarikat
  • mengetahui sejauh mana keupayaan syarikat untuk menyokong & memajukan perniagaan kita
  • memahami teknik pemasaran (Marketing Plan) yang betul dalam membesarkan networking perniagaan.
  • membina ukhwah di antara SID yang lain

Mengambil peluang mengambil aura hebat dari pihak pengurusan yang hadir seperi Victor Lim, Regional General Manager SEA dan Ethan Wang, Sales Director




Terima kasih kepada mak & babah yang sponsor tiket kami hari itu. Semoga Allah kurniakan rezeki yang berlipatganda kepada kita semua yang berusaha.

 


Bagi mereka yang berminat menyertai perniagaan bersama Shaklee, 
hubungi saya seperti maklumat berikut :

 Seri Aishah
SID : 917717
WA : 013-3976632






3 comments:

Powered by Blogger.