Home » » Golden Palm Tree Resort Bagan Lalang

Golden Palm Tree Resort Bagan Lalang

Wowee! Pandangan kali pertama tiba di lobby GPT Resort ni. 

Resort ke-3 terbesar di dunia selepas Maldives dan Dubai seumpamanya. Sememang hebat terpacak di atas laut Selat Melaka. 

Tiada kenderaan persendirian dibenarkan memasuki kawasan penginapan. Hanya sistem buggy yang disediakan untuk para tetamu atau tetamu diberi kemudahan pilihan menggunakan basikal yang disediakan bagi aktiviti keluar masuk dan riadah dipersekitaran resort.


Menghadirkan diri atas jemputan sessi Membership Preview. Kami dibawa meninjau setiap bilik penginapan mewah yang disediakan. Memang wow! Berlangitkan atap dari Alang-alang yang diimport khas dari Indonesia, membuatkan diri terasa berada jauh di kampung yang tiada pencemaran. 80% pembuatan bilik adalah dari kayu. 

Bilik penginapan Canary, Ivory cukup sesuai untuk keluarga sederhana. 2 bilik tidur dan interior yang superb! Huhu... RM550++ semalam.

Beralih memantau bilik termewah yang disediakan untuk tetamu GPTR, The Royale memang macam tak mau balik. Ruang tamu seluas tidak, berhiaskan meja bulat untuk kapasiti 15 orang mungkin. Berbalkoni kayu balau bertangga menghadap seluas-luasnya perairan Selat Melaka yang luas terbentang. Saujana mata memandang. Bahagia...

Master bedroom tidak kurang hebatnya. Bath tub sebesar pool utk 2 orang.. ooohh.. romantis gitu especially yang rajin mandi bersama.. wink wink!  Setiap bilik punya fasiliti tersendiri. Tidak terkata dengan harga semalam RM1200++.


Pelbagai kemudahan / fasiliti disediakan termasuk private beach, aktiviti pantai seperti surfing, canoeing, sailing & jet skiing. Aktiviti lain seperti archery, paintball, ATV, Gym, Private pool, cycling juga disediakan.

Sebagai penghargaan, kami diberikan voucher 1 malam penginapan di sini... yeeha! Tak sabar... memang tak sabar! Tunggu update saya bila tiba masanya nanti ya!

Sebelum melangkah keluar dari Bagan Lalang, tidak sah kalau tak rasa makanan laut di kawasan ini. Dapat hint dari pemandu coaster untuk singgah di Senandung Malam.. tapi makk aiiii... punya panjang queue. Kerana kekangan masa kami ke Bayu Malam ajer...

Alhamdulillah.



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.