Home » » Khusyuk = Buat dengan ikhlas dan penuh kejiwaan

Khusyuk = Buat dengan ikhlas dan penuh kejiwaan

Alhamdulillah kerana diarahkan penglihatan  oleh Allah untuk membaca tips ini di fb wall Semanis Kurma TV9 dan diberikan ilham untuk saya kembangkan dan kongsikan bersama rakan pembaca SERI AISHAH BLOG.

Rukun Solat 13 perkara. Semua orang tahu.. 

Adakalanya tanpa kita sedari, solat yang kita lakukan sedar-sedar dah sampai ke tahiyyat akhir. Sebabnya, semasa solatlah :
  • kita jumpa kunci kereta yang entah mana kita letak
  • kita dapat idea apa yang kita nak buat lepas habis solat
  • kita dapat selesaikan masalah sebelum kita solat
  • dan macam perkara kita fikir masa solat.
Betul kan?

Maknanya, kita hanya lakukan solat sebagai satu amalan rutin dan bacaan yang dilafazkan hanyalah kelakuan minda separa sedar. Kelakuan yang dirakam oleh minda kerana kebiasaan.

Rupa-rupanya dalam setiap rukun ada fadhilatnya yang kita boleh gunakan untuk menambaik kualiti solat kita dan menambahbaikkan kualiti kekhusyukan dalam solat. Kita gunakan semasa melakukan setiap pergerakan solat. 



  • Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  • Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  • Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  • Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  • Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  • I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  • Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  • Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  • Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  • Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  • Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  • Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  • Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T
Lakukan dengan ikhlas dan penuh kejiwaan.




0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.