Home » » Nilai, harapan, kualiti, yakin... sampaikanlah..

Nilai, harapan, kualiti, yakin... sampaikanlah..

Apakah matlamat kita dalam perniagaan? WANG? Sudah tentu. Berniaga memang untuk mencari wang. Menambah tabung sendiri. Menambaikbaik ekonomi keluarga.

Namun sekiranya perniagaan kita itu bukan sekadar menjana ekonomi diri sendiri, malah menambah nilai kehidupan insan lain, memberi harapan baru kepada kehidupan insan lain, memberi senyuman kepada insan disekeliling insan lain itu.... bukankah ia menambah kualiti kepada kehidupan kita juga? Bahagia mereka melimpah kepada kita.

Bayangkan…

Apabila ada insan yang berterima kasih kepada kita kerana produk yang kita niagakan memberi 1001 nilai kepada mereka... tiada kata dapat diungkap melainkan rasa sebak, hiba dan pujian kepadaNYA kerana menggerakkan hati kita untuk berkongsi sesuatu yang baik kepada semua.

ALHAMDULILLAH, Terima Kasih ALLAH.

Maka pilihlah perniagaan yang kita sendiri yakin dengan kesannya, kesan ke atas diri kita, kesan ke atas pelanggan kita. Apabila kita tahu nilainya kepada mereka yang memerlukan, janganlah pula berdiam diri. Sampaikanlah kepada sesiapa sahaja kerana hanya yang empunya diri tahu kelemahan kesihatan diri mereka.

Kongsikan dengan mereka. Kongsikan dengan semua. Bahagiakan mereka sebagai kita mahu kita bahagia, sebagaimana kita mahu mereka bahagia.

Sampaikanlah... sampaikanlah...bantu saya sampaikan kepada semua...
Sampaikan dengan cara tersendiri...



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.