Sudah 2 minggu saya tidak menulis. Sudah 2 minggu saya tidak update BLOG saya ini. Adakah kerana?
1. Tidak punya masa.
2. Tidak punya cerita
3. PC rosak
4. Apa-apa saja...
Alasan adalah penyedap hati. Bagi menyedapkan hati sendiri dan menyedapkan hati orang yang menanti. Apapun alasan yang diberikan, saya tetap tidak menulis di BLOG ini selama 2 minggu. TITIK.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alasan merupakan suatu proses penyampaian kesimpulan dari data. Alasan terdiri di atas bukti (data), tuntutan (kesimpulan), dan pemikiran yang membenarkan gerakan dari data menuju kesimpulan [1].
Jenis-jenis alasan:
1. Alasan berbukti.
A : Kenapa tuan tidak hadir bekerja?
B : Kerana saya sakit kepala dan ini Surat Cuti Sakit saya.
2. Alasan tanpa bukti
A : Kenapa tuan kemari, boleh saya tolong?
B : Saya sakit kepala tuan doktor
A : Sakit kepala yang bagaimana?
B : Kepala saya rasa berdenyut-denyut dan rasa nak pitam selalu tuan doktor. Saya tidak mampu untuk pergi bekerja.
A : Ok. Saya berikan Surat Cuti Sakit.
3. Alasan tanpa penjelasan
A : Bagaimana isu ini boleh jadi besar begini?
B : No komen
4. Alasan yang jelas.
A : Bagaimana layang-layang itu boleh terbang tinggi?
B : Tiupan angin yang kuat disamping rekabentuknya yang lebar dan mudah dikawal.
5. Alasan yang tidak munasabah
A : Bagaimana nak jadi ketua?
B : Beli sahaja buku "Bagaimana nak jadi ketua".
Nota kaki :
AA : Apa motif update kali ini?
Alasan : asal ada update... hahaha
0 comments:
Post a Comment