Dalam bisnes trading, langkah pertama adalah memilih produk yang betul-betul diperlukan oleh pelanggan.
Ciri-ciri produk yang patut dijadikan pilihan:
1. Pengeluar produk itu melakukan kempen marketing yang berkesan. Pasaran sudah sedia kenal produk itu. Menjual produk yang sudah terkenal adalah sangat mudah.
2. Produk itu mempunyai sumber bekalan yang banyak. Apabila kita memerlukan 2 ribu unit, bekalan itu ada.
3. Produk itu mudah mendapat viral dalam internet kerana terbukti berkualiti dan pengguna berpuas hati.
4. Produk itu dapat menjual dirinya sendiri.
.
Apakah itu produk yang menjual dirinya sendiri?
Sebagai contoh, kita boleh letakkan 1 sample produk itu di atas meja kerja kita di pejabat. Sesiapa yang datang ke meja kita terus ternampak produk itu. Lalu dia berminat mahu membelinya.
Kita tidak perlu membuka mulut menerangkan kelebihan produk itu. Kalau kita bisu sekalipun, kita dapat menjualnya!
Jangan pilih produk-produk yang memaksa kita menjualnya dengan banyak bercakap-cakap, memujuk-mujuk pembeli, memuji-muji produk itu, malah mungkin harus berdusta mengenai kualitinya. Produk seperti itu sukar dijual, malah menjatuhkan maruah kita.
.
Banyak orang terpedaya oleh janji-janji manis tentang 'margin tebal'. Harga agent RM20 tetapi harga jualannya RM75. Untung RM55!
Lalu mereka membeli stok dengan menggunaka duit simpanan dan duit pinjamam.
Mereka yakin, dengan menjual barang yng marginnya tebal, kalau dapat jual 100 unit sahaja pun sudah dapat untung ribu-ribu ringgit.
.
Pilih produk keperluan yang harganya patut-patut, biarpun marginnya nipis, namun ia mudah dijual kerana ia diperlukan orang.
Tiap-tiap hari ada jualan. Biar untung sedikit, tetapi laku.
Produk seperti ini sangat banyak manfaatnya, bukan hanya kepada pembeli, malah kepada psikologi kita sendiri.
.
Apabila produk kita laku, setiap jualan meningkatkan self-esteem kita. Apabila self-esteem kita naik, ia meningkatkan perasaan percaya-diri kita.
Setiap jualan menaikkan motivasi kita mahu menjual lagi, dan menjual lagi.
Apabila kita gagal menjual produk yang mahal tetapi marginnya tebal, hal itu sangat membahayakan psikologi kita. Kita jadi patah semangat. Malu dengan diri sendiri. Hilang yakin-diri.
.
Produk yang bagus tidak semestinya produk yang diperlukan.
Garam dan gula pasir bukan produk bagus, namun ia sangat diperlukan.
Banyak orang termakan dengan janji-janji 'produk yang bagus', lalu mereka membeli stok produk yang dikatakan bagus itu.
Lazimnya produk-produk 'bagus' itu mahal harga jualannya. Menjual produk-produk yang bagus yang beribu-ribu ringgit harganya adalah sangat lain caranya.
Menjual produk yang diperlukan sangat mudah caranya. Kalau kita bisu sekalipun, kita masih dapat menjual produk-produk yang diperlukan.
.
Ciri-ciri produk yang dijadikan barang trading oleh Muhammad Muda:
1. Barang itu adalah produk keperluan.
2. Barang itu barang kering yang kering, bukan barang basah seperti buah, sayur, ikan dan daging segar.
3. Jika makanan, barang itu tahan lama, yakni tidak mudah basi, tengik, hapak, berkulat, ataupun busuk.
4. Barang itu mudah diangkut untuk perjalanan yang lama, jauh, dan kasar.
5. Barang itu tidak mudah rosak, pecah, patah, kemik dll.
_________________________________________________________
Saya mengajak tuan puan untuk menyertai ABS Chapter Subang Permai untuk bersama-sama maju, mengatur strategi perniagaan yang boleh diwarisi.
Hubungi saya Pn Seri Aishah @ 013-3976632
_________________________________________________________
NOTA di atas adalah dari Puan Guru Ainon Mohd di fb Ainon Business School (ABS)
Berminat? Sila komen atau wassup saya di 013-3976632
0 comments:
Post a Comment