Oh! Tidak. Itu mustahil.
Mengurus masa bermakna kita mampu mengendalikan apa juga tugasan yang perlu dilakukan dalam tempoh jangkaan. Kita rancang bagaimana untuk menjadikan tugasan harian kita lebih flexible tanpa menjejaskan kualiti hasilnya. Dalam masa yang sama andai kita tertakluk kepada peraturan atau kod etika kerja, susunlah sebaiknya.
---------------------------------------------
Surah ke 103 Terjemahan Al 'Asr
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
---------------------------------------------
---------------------------------------------
Sumpahan Masa.
+ Masa itu lebih berharga dari emas
+ Masa tidak akan kembali
+ Masa perlu dikejar
+ Masa tidak menunggu
+ Sayangi masa, gunakan masa sebaiknya.
Tips yang tersenarai di sini adalah tips yang dipelajari dari pengalaman peribadi. Maka, ianya amat praktikal untuk diri saya dan dikongsi bersama mereka yang lebih kurang mempunyai kelapangan masa (kekangan masa sebenarnya) seperti saya juga.
* Banyak lagi tips yang boleh diambil dari mereka yang lebih arif mengikut cara mereka (*wink)
SEBELUM TIDUR
1. FIKIRkan dan CATIT apa tugasan yang wajib (penting dan utama) dilakukan pada keseokan harinya.
Fikir - melalui jadual harian, kita sudah tahu apa perkara yang wajib dilakukan.
Contoh : mesyuarat/perbincangan, menyambung tugasan yang belum selesai, update blog (hehe.. ikut target), pos barangan, menambah/membeli stok, update akaun.
Catit - berbagai cara boleh dilakukan samada di dalam buku nota kecil (buku 555) atau pun di gajet canggih. Ini adalah kerja membuat "to-do-list".
To-do-list ini boleh dirancangkan untuk digunasemula pada hari-hari yang lain. Sesuaikan dengan keutamaan tugasan.
Contoh-contoh "to-do-list"
Selesai kedua perkara ini, tidurlah dengan lena..... (jangan lupa tepuk bantal beberapa kali, ikutlah pukul berapa kita mahu bangun. Kalau pukul 4 pagi, tepuk 4 kali..sambil berdoa, "Ya Allah, gerakkan aku pada jam 4 pagi, ....)
BANGUN TIDUR
1. Amalkan membaca Surah Al-Insyirah di dalam mana-mana rakaat di dalam solat. Kita hambaNYA yang hanya merancang tetapi ALLAH jua yang MELAPANGKAN.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
2. Sekiranya perlu, PECAHkan setiap tugasan kepada tugasan-tugasan kecil mengikut langkah-langkah bagaimana untuk menjalankannya atau menyelesaikannya.
Contoh :Tugasan : Mengeluarkan jemputan panggilan mesyuarat.
a. kenalpasti semua peserta yang PENTING (atau wakil) untuk hadir
b. kenalpasti bilik mesyuarat yang sesuai dengan jumlah jemputan
c. membuat tempahan bilik mesyuarat pada tarikh dan masa mesyuarat
d. menempah minuman ringan kepada peserta mesyuarat
e. menempah projector untuk pembentangan di dalam mesyuarat.
f. mengeluarkan surat jemputan panggilan mesyuarat berserta agenda
Dengan adanya pecahan tugasan ini, tugasan yang dijalankan akan lebih sistematik dan menghasilkan keputusan yang amat memuaskan. Paling penting CEPAT!
SEPANJANG PERJALANAN
Adakalanya, ada tugasan lain (yang tiada di dalam senarai "to-do-list" asal) yang hadir dari masa ke semasa. Dengan demikian, kategorikan dulu mengikut teknik SEGERA vs PENTING di atas, kemudian selitkan tugasan tersebut di dalam senarai tugasan sedia ada
SEBELUM TIDUR
Kitaran perjalanan hidup berulang.... Maka, ulang langkah di atas dari mula.
Selamat Mencuba!

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kelebihan Surah Al-Insyirah.
+ Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
+ Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
+ Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
+ Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
MEMULAKAN TUGASAN
1. TANDAkan "to-do-list" yang dicatit semalam mengikut kategori SEGERA dan PENTING.
Bagaimana?
a. TENTUkan dan TANDAkan tugasan mana yang perlu diselesaikan dengan kadar SEGERA. Iaitu tugasan yang perlu dilakukan atau disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Tentukan sesuatu tugasan itu tidak boleh ditangguh atau tidak mempunyai fleksibiliti masa.Tandakan dari nombor 1 (yang paling SEGERA) dan seterusnya.
b. TENTUkan dan TANDAkan tugasan mana yang paling PENTING. Tidak buat perkara tersebut akan menjejaskan perkara selanjutnya.Tandakan dari huruf A (yang paling PENTING) dan seterusnya.
Maka, akan terhasillah tugasan mana yang perlu didahulukan dan yang mana perlu dikemudiankan. Kod 1A - paling SEGERA dan PENTING diikiuti kod 2D, 3B, 4C dan seagainya.. tuan punya badan lebih arif.. (betul kan?)
c. TAMPALkan di hadapan. Tulis semula semua tugasan wajib selesai hari itu di "sticky note". Tampalkan di hadapan kita supaya kita sentiasa nampak. Tampal di sisi skrin PC, di atas meja, di muka depan diari atau dimana juga tempat yang mudah di lihat.
d. SET tugasan di dalam kalendar dan set ALARM andai tugasan itu benar-benar memerlukan ketepatan waktu
MEMULAKAN TUGASAN
1. TANDAkan "to-do-list" yang dicatit semalam mengikut kategori SEGERA dan PENTING.
Bagaimana?
a. TENTUkan dan TANDAkan tugasan mana yang perlu diselesaikan dengan kadar SEGERA. Iaitu tugasan yang perlu dilakukan atau disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Tentukan sesuatu tugasan itu tidak boleh ditangguh atau tidak mempunyai fleksibiliti masa.Tandakan dari nombor 1 (yang paling SEGERA) dan seterusnya.
b. TENTUkan dan TANDAkan tugasan mana yang paling PENTING. Tidak buat perkara tersebut akan menjejaskan perkara selanjutnya.Tandakan dari huruf A (yang paling PENTING) dan seterusnya.
Maka, akan terhasillah tugasan mana yang perlu didahulukan dan yang mana perlu dikemudiankan. Kod 1A - paling SEGERA dan PENTING diikiuti kod 2D, 3B, 4C dan seagainya.. tuan punya badan lebih arif.. (betul kan?)
c. TAMPALkan di hadapan. Tulis semula semua tugasan wajib selesai hari itu di "sticky note". Tampalkan di hadapan kita supaya kita sentiasa nampak. Tampal di sisi skrin PC, di atas meja, di muka depan diari atau dimana juga tempat yang mudah di lihat.
d. SET tugasan di dalam kalendar dan set ALARM andai tugasan itu benar-benar memerlukan ketepatan waktu
2. Sekiranya perlu, PECAHkan setiap tugasan kepada tugasan-tugasan kecil mengikut langkah-langkah bagaimana untuk menjalankannya atau menyelesaikannya.
Contoh :Tugasan : Mengeluarkan jemputan panggilan mesyuarat.
a. kenalpasti semua peserta yang PENTING (atau wakil) untuk hadir
b. kenalpasti bilik mesyuarat yang sesuai dengan jumlah jemputan
c. membuat tempahan bilik mesyuarat pada tarikh dan masa mesyuarat
d. menempah minuman ringan kepada peserta mesyuarat
e. menempah projector untuk pembentangan di dalam mesyuarat.
f. mengeluarkan surat jemputan panggilan mesyuarat berserta agenda
Dengan adanya pecahan tugasan ini, tugasan yang dijalankan akan lebih sistematik dan menghasilkan keputusan yang amat memuaskan. Paling penting CEPAT!
SEPANJANG PERJALANAN
Adakalanya, ada tugasan lain (yang tiada di dalam senarai "to-do-list" asal) yang hadir dari masa ke semasa. Dengan demikian, kategorikan dulu mengikut teknik SEGERA vs PENTING di atas, kemudian selitkan tugasan tersebut di dalam senarai tugasan sedia ada
SEBELUM TIDUR
Kitaran perjalanan hidup berulang.... Maka, ulang langkah di atas dari mula.
Selamat Mencuba!
0 comments:
Post a Comment