Kesedaran terhadap penjagaan vagina di kalangan wanita masih lagi cetek disebabkan kurangnya pendedahan kepada betapa pentingnya tahap kesihatan vagina ke atas diri setiap wanita.
Justeru, majoriti wanita sanggup menghabiskan wang untuk kecantikan wajah dan tubuh badan sehinggakan mereka lupa menjaga aset yang sangat penting iaitu kesihatan dan kebersihan vagina. Kesihatan bahagian intim ini tidak boleh diambil mudah , ianya perlu dijaga dengan betul agar berada dalam keadaan baik.
Namun, bagi wanita yang sudah berumah tangga terutama sudah melahirkan anak, fokus pengambilan produk berkaitan vagina tertumpu kepada aktiviti mengetatkan vagina kerana bimbang vagina tidak lagi 'sehebat' dulu.
11 Panduan Asas Penjagaan Vagina
Dari pembacaan dan pengalaman, di sini kakSeri nak kongsikan tips penjagaan asas menjaga aset intim ini bagi memastikan vagina sentiasa sihat dan cantik.
1. Setiap kali membuang air kecil atau besar bersihkan bahagian luar dengan menggunakan air. Penggunaan tisu basah tidak digalakkan keran dikhuatiri bahagian tersebut tidak benar-benar bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.
2. Ketika haid, pastikan kawasan sekeliling sentiasa kering. Bila darah haid keluar dengan banyak dan membasahkan tuala wanita, harus diganti secepat mungkin. Amalan ini bukan sahaja membuatkan anda merasa selesa malah ia juga dapat mencegah pembiakan kuman yang mudah tersebar menerusi darah yang basah.
Pada hari-hari yang darah keluar dengan banyak anda juga digalakan menukar seluar dalam mengikut keperluan.
3. Wanita digalakkan memakai pantyliner yang memberi pengudaraan yang baik dan bagi megelakkan penukaran seluar dalam yang kerap apabila terdapat 'discharge' dari vagina.
4. Jangan mengamalkan douching iaitu memasukkan pancutan air kedalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. perbuatan ini kan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan intasi kulit.
5. Elakkan mengunakan sabun atau mandian untk membersihkan alat sulit. Ia di khuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kulit. Selain itu, perbuatan tersebut kan menyebabkan rasa kurang selesa pada vagina seperti gatal.
6. Bersihkan vagina dengan air bersih tanpa pencuci bahagian intim kerana bahagian ini sangat sensitif. Kita harus ketahui ada wanita yang alah pada pewangi dalam buku sabun.
7. Tukar seluar dalam pada setiap kali mandi . Bagi wanita yang mengalami keputihan, anda disarankan memakai pelapik seluar/pantyliner dalam agar keputihan tidak melekat pada seluar dalam dan menyebabkan anda tidak selesa.
8. Khusus untuk anda yang sudah berkahwin bersihkan alat sulit anda sebelum dan selepas bersama pasangan. Amalkan buang air kecil selepas lebih kurang setengah jam anda bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecil.
9. Jangan berkongsi alat pencukur kerana ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hipetitis B . Jaga kebersihan alat cukur kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang gemar mencukur bahagian intim.
10. Peka dengan perubahan bahagian intim . Jika berlaku bengkak nanah,segera berjumpa doktor . Begitu juga dengan lelehan bahagian faraj , jika berwarna kuning , hijau atau berdarah ia adalah petanda bahagian intim anda dijangkiti kuman.
11. Lakukan ujian kesihatan vagina setiap bulan, selepas kering haid, untuk memastikan vagina sentiasa sihat dan memastikan perlunya rawatan segera andaikata keputusan ujian tidak elok, dan menjamin kesihatan vagina dari penyakit lain yang lebih kronik.
Vagina Health Test Kit diberikan secara percuma di dalam setiap pek Pad dan Pantyliner Lexee dan ujian boleh dilakukan sendiri di rumah.
11. Lakukan ujian kesihatan vagina setiap bulan, selepas kering haid, untuk memastikan vagina sentiasa sihat dan memastikan perlunya rawatan segera andaikata keputusan ujian tidak elok, dan menjamin kesihatan vagina dari penyakit lain yang lebih kronik.
Vagina Health Test Kit diberikan secara percuma di dalam setiap pek Pad dan Pantyliner Lexee dan ujian boleh dilakukan sendiri di rumah.
PETUA TRADISONAL
Ada juga KakSeri terbaca petua bagaimana orang lama menjaga aset intim mereka. Ini bermakna, sejak dari dahulu lagi, kesedaran tengtang penjagaan vagina ini telah diambil kira.
Cara-caranya:
Rebus daun sirih, tapis airnya. Gunakan air rebusan sirih ini untuk mencuci bahagian intim. Ia dikatakan amat mujarab untuk mengatasi masalah keputihan dan membantu menghilangkan bau.
Selain itu, anda boleh menggunakan buah manjakani untuk merawat vagina secara natural. Rebus 5 bjiji manjakani dan mabil airnya dan disimpan dalam botol. Gunakan air ini untuk membasuh vagina.
Pesan Kakseri : Jaga apa yang kita ada sekarang seelok-eloknya sebelum ketiadaannya. Ok Bai!
Ijin share ya gan.. silahkan kunjungi situs kesehatan kami :
ReplyDeleteobat penyakit sinusitis akut
obat penyakit leukemia akut
obat penyakit jantung koroner
obat penyakit asma akut
obat penyakit asam urat akut
obat sakit kepala
obat penyakit wasir
obat penyakit hepatitis
obat penyakit tbc
obat penyakit rematik
obat bronkitis akut
obat penyakit gondok
obat ambeien pasca melahirkan