Home » » BMC VP : Penghantaran pos 2 kali sehari

BMC VP : Penghantaran pos 2 kali sehari

Cerita Posto! | 2 KALI SEHARI! | BMC | Value Proposition |

Setiap hari KakSeri buat penghantaran poslaju 2 kali.

1. Siapkan penghantaran dipagi hari sebelum ke pejabat. Poslaju datang pickup. Bagi pembayaran yang dilakukan pada jam 5 pm ke atas hari sebelumnya.

2. Singgah ke Poslaju dalam perjalanan pulang bagi pembayaran sebelum jam 5pm hari yang sama.


Sebab apa?

Sebab KakSeri faham dan selesaikan kerenah pelanggan. Apabila pelanggan sudah membayar, sebolehnya mereka mahukan produk yang dibayar secepat mungkin. Betulkan?
Sama kerenah KakSeri bila menjadi pelanggan peniaga lain.. ☺

Value Proposition

Penghantaran 2 KALI SEHARI juga KakSeri jadikan sebagai VALUE PROPOSITION yang KakSeri tawarkan kepada pelanggan-pelanggan KakSeri. 

+ Tawaran VP ini akan membezakan servis perniagaan KakSeri berbanding peniaga lain. 

+ Tawaran VP servis ini akan membuatkan pelanggan akan lebih tertarik untuk membeli dengan KakSeri  berbanding peniaga yang menjual produk yang sama.

+ Tawaran VP ini menyelesaikan masalah pelanggan yang mahu mendapat barangan mereka dengan cepat. 

VALUE PROPOSITION adalah KOTAK ke2 dalam canvas BMC.



http://noraishahramlan.blogspot.com/p/business-model-canvas-bmc.html

KakSeri 013-3976632

#BMC #COACH #ujiideabisnes #businessonline #Teknik7naga #marketing #zerocostmarketing #businesscoaching #KakSeri #SeriAishah #senyum #bantuusahawan

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.