Nor Alya Nadhirah
Bonda sudah pulang ke sarang awal malam semalam. Tinggal anakanda di rumah bersama ninda dan pulang ke sarang sekolahnya hari ini.
Bonda tak dapat hantar anakanda pulang, kerana komitmen kerja bonda pada hari ini.Tak mengapalah, sudah berhari2 kita beraya bersama. Dia pon ok saja. Sudah dewasa.
Katanya, naik sekolah ini, trial SPM bermula. Bonda doakan anakanda tenang dan terang hati, diberi ilham untuk menjawab soalan exam dengan betul. Capai cita-cita.
Alya, anak bonda yang bijak. Hehehe. Sama dengan anakanda yang lain juga. 😃
Seumur 4 tahun sudah membaca, seawal 5 tahun sudah naik Al-Qur'an.
Ketika di Tadika, mendapat anugerah THE BEST OF THE BEST bagi rangkaian Tadika Murni Seremban-KL.
Semasa ujian penggal pertama Darjah 1, markah ujiannya 500/500. Sejarah pertama di sekolah.
Mengekalkan di kedudukan terbaik di sekolah rendah sebelum ke Sekolah Tun Fatimah.
Seawal usia 12 tahun sudah terpisah jauh dari bonda. Namun itu pilihannya juga. Cita-cita mahu sertai kumpulan band STF yang ternama.
Baru-baru ini menerima Anugerah Bonda STF bagi keputusan 9A ujian penggal pertama.
Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah kepadanya dan kepada kami sekeluarga.
Pendiam dan manja. Anak ayah, akuinya. 😊
0 comments:
Post a Comment