Home » » DIARU RAYA SERI 8/30 : Keramat Hidup

DIARU RAYA SERI 8/30 : Keramat Hidup

Ceriakan Keramat Hidup.

Saban tahun apabila KakSeri pulang beraya di selatan, kami (adik beradik) akan mengembara bersama-sama, 'melayan' AbahIbu ziarah besan, sahabat dan ibubapa saudara mereka.
Sakan beraya sekitar Kota Tinggi, Mersing dan Kluang.
Owh Ya, KakSeri memang PURE JDT ok! 😁

Abah orang Kluang, tinggal 2 beradik, anak sulong. Sementara Ibu orang Endau, juga anak sulong. Maka, mereka agak rapat dengan ibubapa saudara mereka berbanding adik beradik AbahIbu yang lain.

Sejak parents kedua belah meninggal dunia, inilah rutin kami. Betapa seriusnya AbahIbu meraikan mereka, walau berjumpa setahun sekali.

AbahIbu mengajar KakSeri sesuatu. Jalinan ukhwah kekeluargaan ini terbentuk apabila kita sendiri yang menyemainya. Kita sendiri yang bentukkan bagaimana eratnya.

Kita juga sebenarnya yang melentur bagaimana generasi muda, anak-anak kita yang terdiri dari golongan Gen Y, Gen Z menghormati konsep kekeluargaan secara 'fizikal'.

Yang muda harus mengingati dan menghormati yang tua. Yang tua juga meraikan yang muda.

Adakala, kita alpa. Dek kerana terasa hati di sini sana, dengan ego yang tak boleh diruntuhkan, bongkak dengan sekelumit kejayaan, kita lupa pengorbanan yang tua kepada kita. Banyak sikit, pasti ada.

Andai tak dapat bersua muka, pelbagai medium lain boleh diguna.
Jiwa tua jiwa sensitif. Raikan mereka. Buat mereka gembira.



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.