Home » » Kenapa KakSeri suka berniaga Bab 5 IMPIAN DAN IZIN-NYA

Kenapa KakSeri suka berniaga Bab 5 IMPIAN DAN IZIN-NYA



Setiap orang ada cita-cita. Setiap orang ada impian. Samada kita berjaya mencapai cita-cita dan impian kita atau sebaliknya, semuanya dengan IZIN-NYA.  

Namun andai kita berada di kalangan mereka yang gagal menggapai impian sediada, usah lama kecewa. Usah lama bersedih. Bangkitlah. BINA IMPIAN BARU. Bina impian mengikut situasi kita ketika itu. Kejayaan yang paling manis adalah apabila kita bangkit dan terus membina IMPIAN-IMPIAN BARU. 

KakSeri mahu kongsikan cerita Puan Anne (nama samaran) yang bangkit setelah 'terkecewa' kerana terpaksa melepaskan apa yang di cita-citakan, walau rezeki sudah di mulut, namun REDHA dan bangkit dari kekecewaannya. Dengan IZIN-NYA.

***
Puan Anne, bekerja di salah sebuat syarikat antara terbaik dan terbesar di negara. Beliau seorang yang sangat berdedikasi melaksanakan tugasannya. Dari seorang Junior Engineer, beliau gigih menempatkan dirinya antara yang terbaik di dalam unit beliau. Beliau disukai oleh pihak pengurusan dan sering dilantik menjadi antara individu penggerak dalam setiap aktiviti organisasi.

Bekerja di ibu pejabat, beliau banyak membina "standard operation procedure" yang menyeragamkan langkah mengawalselia sistem untuk kegunaan unit operasi di seluruh negara. Satu tugasan yang mencabar. Beliau dan rakan-rakan sepasukan, adalah "key reference person" yang akan selalu dirujuk untuk urusan-urusan berkaitan pengoperasian sistem. 

Sebagai imbuhan ke atas kesungguhan dan kegigihannya, beliau sering mendapat penghargaan setiap kali ketika penilaian prestasi. Bonus dan Merit yang lumayan, imbuhan yang setimpal untuk usahanya.

***

Situasi bermula pada akhir tahun 2009. Ketika itu, beliau sangat selesa dengan tugasannya. 

Hasil keikhlasan dan kesungguhannya, Puan Anne telah dicadangkan oleh ketua bahagiannya untuk menduduki satu jawatan bagi satu projek ad-hoc yang mana jawatan itu juga sangat dicita-citakan oleh Puan Anne. Setelah melalui sessi temuduga dan penilaian, beliau telah berjaya melepasinya dan dipilih untuk jawatan impian tersebut. 

Jawatan yang perlu diisi segera dan menjalankan satu projek khas yang berkaitan dengan pembangunan syarikat.

Namun, dugaan hadir apabila pada waktu yang sama, beliau mendapat jemputan dari Allah s.w.t untuk menjadi tetamuNYA, menunaikan fardu haji dan tempoh perjalanan di Tanah Suci selama 44 hari. 

Andai kata, jemputan haji itu hanya diri beliau seorang, kemungkinan besar beliau akan menangguhkannya dan memilih kerjayanya.

Apa yang membuatkan dugaan lebih mencabar ialah jemputan haji tersebut adalah bersama dengan kedua ibubapa dan suaminya, yang mana ianya juga impian besar Puan Anne sekian lama. 

Tersepit antara 2 impian besar, kerjaya dan keluarga / agama, Puan Anne memilih untuk menerima jemputan Ilahi dan berlapang dada melepaskan perlantikan jawatan beliau.

Redha dengan ujian Allah, pemergian Puan Anne digunakan sepenuhnya untuk memohon petunjuk Allah bagi setiap dugaan yang sedang dilaluinya dan mendoakan segala yang terbaik buatnya.

***
Sekembalinya dari Tanah Suci, beliau meneruskan kehidupan dan masih setia menjalankan tugasan seperti biasa. Luka yang terpahat tidak mudah hilang. Manusia biasa. Bagi merawat kekecewakan, Puan Anne cuba mengalihkan sedikit tumpuan kepada perkara di luar rutin.

Ada IMPIAN BARU yang mula tersemat dijiwanya. Andai kata bukan IZIN-NYA untuk beliau berkongsi kepakaran dalam bidang pekerjaannya, sekurang-kurangnya dia mampu untuk membantu dan berkongsi impian dengan orang lain dalam bidang yang lain.

Tanpa dirancang, beliau mula melibatkan diri menambah ilmu dalam bidang pengurusan kewangan dan pelaburan. Menimba pengalaman menjadi konsultan insuran, konsultan unit amanah dan konsultan pelaburan emas perak. 

Beliau juga mula berdikit-dikit mendalami ilmu perniagaan.

Namun tidak sesekali berkompromi dengan pekerjaan hakikinya.

***

BENAR. Perancangan ALLAH tiada tolok bandingnya. Tak tercapai dek akal manusia. Hikmah disebalik kekecewaan pedih, tuhan memberikan jutaan gandanya kemanisan pada Puan Anne kini. 

Beliau tidak menyangka setelah 5 tahun, beliau berjaya mengumpul kekayaan memiliki beberapa buah hartanah yang keseluruhannya bernilai jutaan ringgit.

Setelah 5 tahun, beliau dapat berkongsi manafaat ilmu kepada ramai para usahawan baru dan usahawan yang mahu berkembang.

Setelah 5 tahun, beliau berjaya membangunkan satu Tabung Yayasan yang mempunyai pendapatan tetap untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Setelah 5 tahun, beliau mula tahu, di ruang mana sebenarnya kekuatan dan cinta jiwanya.

Kesemua apa yang dimiliki beliau kini, tidak pernah ada di dalam perancangan Puan Anne, 5 tahun dahulu.

***

Itulah ceritanya. Siapa sangka.... begitu indah perancangan Allah, tiada yang dapat terjangka akal manusia. Itulah NIKMAT redha dan bangkit membina IMPIAN baru. Dengan IZIN-NYA.

Sejuta langkah Seluas lautan keringat untuk meraihnya
Tak akan pernah aku pedulikan
Berkat doa, kecekalan, kesungguhan dan IZIN-NYA
Ku akan raih semua impian


#celoteh #impian #speaker #KakSeri #SeriAishah


Prague, Republic Czech





0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.