Malam tadi Puteri Purut tanya, "Ibu, Diari Raya Seri tu dah habis ker?".
O'ooo.... masih berbaki lagi. KakSeri bukan leka tetapi belum terfikir idea sesuai untuk teruskan diari raya.
Terima kasih Puteri Purut yang prihatin.
Ahad, KakSeri pergi beraya dari pagi sampai ke tengah malam. Beraya sakan. Dari Shah Alam ke Cheras dan dan berakhir makan Sup Urat Keting di Bangi.
Mulanya ke Majlis Perkahwinan anakanda Chef Zamri pemilik Restoran Big Plate. Ramai chef celebriti yang hadir sama. Kebetulan pulak KakSeri semeja dengan famili Papa Joe. Hormon excited Kakseri naik ke telinga. Haha.
Dulu selalu jugak KakSeri tengok siri Masterchef Malaysia. Masa CheTa ada. Tu yang tau siapa Papa Joe. Jadi, dapatlah idea buka bicara. Sekarang KakSeri dok ralit dengan My Kichen Rules. Mana tahu, satu hari nanti boleh semeja pulak dengan host Pete Evans ker Manu Feildel ker.. . Tapi tak mau lah semeja dengan Colin Fassnidge tu sebab takut konfius dia cakap apa. Good Luck dah jadi Good Look. Nanti KakSeri terlebih perasan .
Ok. Sambung.
Yang seronoknya, dalam majlis ni ada konsep tahan dan bayar TOL. (Gambar atas). Cuma aplikasi konsepnya sedikit berbeza.
Yang seronoknya, dalam majlis ni ada konsep tahan dan bayar TOL. (Gambar atas). Cuma aplikasi konsepnya sedikit berbeza.
Tika zaman KakSeri dulu, pengantin perempuan hanya menunggu di pelamin ajer. Jadi, sepanjang jalan pengantin lelaki nak jumpa pengantin perempuan yang cantik anggun manis tu (a.k.a KakSeri), kenalah lalu beberapa 'stesen tol'. Banyak pulak tu. Yang paling susah nak lalu, bila tiba depan pelamin. Bukan setakat bayaran tol untuk mak andam aje, jual beli pantun sekali. Oh!Nostalgia..
Sambung beraya lagi.
Ke rumah terbuka kawan sekolah TIJB, Pn Azminah Sarlan. Setiap kali dijemput Kakseri akan hadir. Sebab selalu ada tapai pulut yang sedap. Oh! My favourite.
Ke rumah terbuka kawan sekolah TIJB, Pn Azminah Sarlan. Setiap kali dijemput Kakseri akan hadir. Sebab selalu ada tapai pulut yang sedap. Oh! My favourite.
Berjodoh juga dengan kawan sekelas kami yang belum pernah jumpa dari 1987. Dah 28 tahun. Pn Suzana Kadar. Pada halnya, rumah masing-masing tak lah jauh mana.
Semasa beraya nilah, ukhwah antara kita terjalin mesra. Walaupun boss KakSeri kata dalam ucapan rayanya minggu lepas, "Hari Raya sebenarnya 1 hari ajer". Eh, ye ker?
#moodraya #diariraya2015 #KakSeri #SeriAishah #puteripurut #JubahEksklusifSeriAishah
0 comments:
Post a Comment