Home » » SBL 1/12 : 10-20-70 LEARNING CONCEPT

SBL 1/12 : 10-20-70 LEARNING CONCEPT


Eh! Macam nombor keramat KakSeri pulak. 20-10-70. Huhu... birthdate kot.

Ok. Sebenarnya apa KakSeri nak kongsikan kali ini tiada kaitan pun dengan cerita bulan kelahiran ni. Kebetulan aje. 😃

10-20-70 ini adalah satu konsep pembelajaran holistik.

Melalui konsep ini, barulah kita dapat mengukur keberkesanan ilmu yang disampaikan kepada setiap individu.

Tahukah kita, bahawa apa yang kita belajar di dalam kelas mahu pun dari pembacaan, ia hanya merangkumi 10% dari keseluruhan konsep pembelajaran?

Ya. Hanya 10% sahaja.

Konsep pembelajaran holistik (menyeluruh) terbahagi kepada 3 tahap.

10% ialah pelajaran formal
20% ialah pelajaran dari orang lain
70% ialah pelajaran dari pengalaman

10% pelajaran formal kita dapat dari program yang telah disusun. Di dalam kelas contohnya.

Kita belajar mengenal alatan, cara, langkah bagaimana mahu melaksanakan atau memahami sesuatu perkara.  Secara teori mahupun secara latihan interaktif.

Kita akan faham dan tahu teori sesuatu subjek itu setelah kelas ditamatkan.

Sebaik pulang ke pejabat, kita bincangkan pula ilmu dapatan formal tadi bersama tim di tempat kerja.

Bina study-group contohnya. Dapatkan maklumbalas dari rakan sekerja, ketua dan mentor yang berpengalaman bagi subjek tersebut.

Dari sini, kita akan dapat lagi 20% tambahan pemahaman tentang subjek itu.

Seterusnya, yang paling penting adalah lebihan 70%.

Bagaimana?

Apabila kita mula mempraktikkan ilmu tersebut di tempat kerja.

Menggunakan ilmu itu dalam menjalankan tugasan. Bereksperimen dengannya. Menilai dan membuat penambahbaikan dalam setiap proses yang dilalui.

Menggunakan 3 tahap ini sepenuhnya, barulah 100% keberkesanan individu terhadap kefahaman pembelajaran dapat dipantau.

Kebiasaan di dalam syarikat korporat, penilaian keberkesanan ke atas setiap anggota yang di hantar menghadiri latihan kemahiran/tingkahlaku (competency/behaviourial), di buat selepas 2 hingga 3 bulan selepas latihan.

Ini adalah kerana mengambil faktor perjalanan anggota melalui ketiga-tiga tahap ini.

#kongsiilmu #leadership #SBL #SirahBaseLeadership #CorporateTraining #KakSeri #SeriAishah

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.