PENYAKIT
Mungkin ramai yang kurang tahu bahawa kandungan toksin dalam badan boleh membawa banyak penyakit. Malah, ramai kurang sedar bahawa masalah seperti sukar membuang air besar, kencing tidak lawas, sakit perut berterusan, kulit berjerawat, rambut berminyak dan sebagainya disebabkan oleh toksin yang berlebihan di dalam tubuh badan. Paling teruk, pengumpulan toksin boleh menyebabkan sembelit, pening kepala, insomnia, letih dan sistem imun rendah.


PENCEMARAN
Cuba bayangkan jika anda tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang. Ini bermakna pelbagai sisa toksin yang beracun terkumpul di dalam badan anda. Toksin disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di sekeliling sama ada secara sedar atau tidak. Pencemaran menjadi semakin parah apabila anda mengambil makanan yang mengandungi banyak bahan pengawet, perasa tiruan dan bahan tambahan yang menjadi punca toksin dalam badan.

WASPADA
Menurut kajian yang dilakukan Sekolah Perubatan Mount Sinai, New York di Amerika Syarikat dengan kerjasama Kumpulan Pekerja Alam Sekitar (EWG), sebanyak 167 toksin ditemui. 76 dikenal pasti boleh menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan, 94 pula bahan toksin berbahaya kepada otak dan sistem saraf manakala 79 lagi boleh menyebabkan kecacatan janin.


Sebagai wanita yang semakin meningkat usia, adalah penting untuk memastikan anda mengambil pemakanan yang baik dan menggunakan produk yang dipercayai untuk membantu proses menyingkirkan toksin dari badan. Proses membuang air besar yang normal dan baik adalah dua kali sehari. Jika bermasalah, dapatkan nasihat doktor dan cubalah beberapa petua yang ubatan disahkan untuk mengatasinya.

Sumber : WebMIDI

Cadangan :

Shaklee Garlic Complex 
  • fungsi Detox keseluruhan tubuh & darah. 
  • Ambil bersama Shaklee Alfalfa Complex
Shaklee DTX Complex
  • fokus kepada pemulihan hati
Shaklee Herba Lax 
  • fokus kepada kebersihan usus 
  • digunakan juga untuk turunkan berat badan bersama Lecithin & Alfalfa Complex


Puan Seri Aishah
013-3976632
seri.aishah79@gmail.com