Home » » Kami di Majalah MIDI Keluaran 15 Okt 2013

Kami di Majalah MIDI Keluaran 15 Okt 2013


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana diberi peluang 'menghadirkan' diri di dalam Majalah MIDI keluaran 15 Okt 2013 oleh Karangkraf.


Antara pengisian yang dikongsi bersama adalah bagaimana teknik mengenali WARNA DIRI diri sendiri dan pasangan membantu kita lebih mengenali pasangan masing-masing. Kelebihan dan kelemahan yang dimiliki.

HEBAT! Teknik hebat yang mana kita boleh mengagak apa persepsi pasangan dalam setiap apa juga kelakuan atau perbualan kita seharian.
Lebih seronok apabila kita gunakan teknik ini bagi mendapatkan persetujuan pasangan untuk apa juga cadangan kita. Hasilnya, MENAKJUBKAN! Tak perlu bersoal jawab berleretan.
Bagi mereka yang telah berumahtangga, teknik ini boleh digunakan untuk tujuan lebih memahami pasangan. Fahami samada pasangan kita seorang yang perlukan fakta, atau seorang yang rasional dalam membuat keputusan. Samada pasangan kita seorang yang visual, kinestatik atau auditori.
Begitu juga bagi pasangan yang belum berkahwin, gunakan teknik ini untuk bersedia melayari  alam rumahtangga dengan kerenah si dia. Almaklum sajalah, sebelum berkahwin kita tidak akan nampak 'ragam' sebenar.

Teknik Mengenali Warna Diri yang diperkenalkan di dalam Perubatan Alternatif Colour Vibration Therapy (CVT) ini  bukan sahaja menggambarkan karakter peribadi seseorang  malah dapat mengenalpasti kecenderungan, kemahiran, psikologi, potensi titik lemah di dalam sistem tubuh, potensi penyakit, alahan dan kesesuaian  formula perubatan NW.


Enjoy Reading!
~Pn SERI Aishah~


p/s: 
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan mengenal WARNA DIRI?
Hubungi saya untuk maklumat lanjut  atau rujuk kepada Para Pengamal CVT sediada

Saya akan menyambung catatan mengenai WARNA DIRI ini di blog ini dari masa ke semasa. Rujuk Page Tab 'Ilmu CVT'










2 comments:

Powered by Blogger.