Menopaus merupakan suatu topik hangat yang mungkin kurang dibicarakan secara terbuka dalam kalangan wanita. Bahkan, masih ramai wanita yang ragu-ragu atau segan untuk mengaku bahawa diri mereka sudah mengalami menopaus.
Menopaus terjadi akibat berhentinya kitaran menstruasi secara fisiologi pada wanita yang lanjut usia. Menopaus itu sendiri membawa makna berakhirnya kesuburan reproduksi pada seseorang wanita buat selama-lamanya.
Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui secara pasti bilakah peristiwa yang merubah kehidupan ini terjadi. Namun sebahagian besar bersetuju bahawa menopaus terjadi dalam lingkungan usia 45 hingga 55 tahun. Pada usia 40 tahun, mungkin akan mula wujudnya perubahan hormon dan ini dikenali sebagai fasa pramenopaus. Antara perubahan yang akan berlaku misalnya berkurangnya kepadatan tulang, kemudian berkurangnya tempoh menstruasi sehinggalah kitaran haid tidak teratur.
APA ITU TANDA SERTA GEJALA MENOPAUS?
Pengetahuan menopaus yang sangat kurang kadangkala menyebabkan seseorang wanita itu rasa panik dan risau apabila menopaus tiba. Tanda serta gejala menopaus bergantung kepada diri seseorang wanita. Hal ini bermakna, ada sesetengah wanita yang tidak merasakan perubahan secara signifikan, namun ada juga sebaliknya dan dapat merasakan perubahan yang berlaku sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Oleh yang demikian, seperti yang sering ditegaskan sebelum ini, pengetahuan menopaus sangat membantu dalam menghadapi dan menjalani tempoh menopaus.
Saat sebelum tibanya menopaus atau sering disebut gejala peralihan, mungkin akan terjadinya pendarahan daripada alat vital wanita. Pendarahan ini bukan menstruasi kerana datangnya tidak teratur. Ia berlangsung selama beberapa bulan atau hampir satu tahun lamanya, sebelum berhenti sama sekali.
Wujud juga perubahan secara psikologi seperti keletihan mental, menurunnya daya ingatan, perubahan mood dan sebagainya lagi. Namun perubahan ini mungkin tidak disedari atau kurangnya pengetahuan tentang menopaus sehingga mereka memerlukan orang sekeliling seperti suami dan anak-anak memahami perubahan itu bagi membantu mereka mengatasinya.
Perubahan fizikal pula pada tekstur kulit seperti kedutan dan jerawat. Mereka lebih mudah untuk mengumpul lemak pada bahagian perut serta pinggul. Namun, hal ini bukan penyebab utama jika seseorang sering bersenam.
MENOPAUS BOLEH DILAMBATKAN?
Tiada kajian yang menyokong proses menopaus boleh dilambatkan. Walaubagaimanapun, risiko-risiko seperti yang dinyatakan sebelum ini boleh dikawal dengan pengambilan supplemen atau vitamin yang bersesuaian seawal usia 30an. Pengambilan supplemen tersebut membolehkan mereka menangani atau melewatkan kesan-kesan perubahan akibat menopaus.
Pengambilan Shaklee Ostematrix dapat membantu mengatasi masalah kepadatan tulang yang menyebabkan Osteoporosis manakala pengambilan Shaklee GLA membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menstabilkan perubahan hormon, menambahkan kekuatan 'cellular glue' tang dipanggil E-Cadherin untuk mengelak kanser, membantu hubungan suami isteri. Kajian terhadap penggunaan Shaklee Omega Guard mampu untuk membantu membina perkembangan minda dan fungsi mata, mengawal kolestrol, menjaga jantung, mengawal berat badan dan mengawal tekanan.
CARA MENGHADAPI MENOPAUS
Menghadapi saat menopaus masih menjadi perkara yang paling ditakuti oleh sebahagian besar wanita. Padahal, cepat atau lambat, masa itu pasti akan terjadi dalam kehidupan mereka. Untuk menghadapinya diperlukan usaha yang konsisten dan keyakinan yang penuh. Salah satunya dengan selalu berfikir positif. Beri peluang kepada diri sendiri untuk mempelajari tentang menopaus. Apa kata anda cuba aktiviti seperti olahraga dan yoga yang mampu mengurangi fikiran negatif?
Sebahagian Artikel dari Editorial MIDI
hubungi :
Pn SERI Aishah013-3976632
0 comments:
Post a Comment