Home » » Mencari 'Sahabat Penyewa': 2 storey SuperLink di Saujana Impian Sejati, Kajang

Mencari 'Sahabat Penyewa': 2 storey SuperLink di Saujana Impian Sejati, Kajang

Ini adalah aset pelaburan yang kami miliki sebaik pulang dari mengerjakan Haji pada Disember 2009, 6 bulan setelah pelancarannya. Pada halnya, hartanah ini SOLD OUT setelah 2 minggu di awal pelancarannya. Kerana itu, pembelian aset ini kami anggap sebagai simbolik hadiah 'penghijrahan' kami dan rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kami. Alhamdulillah. 

Pada April 2012, terima kunci dan terus membuat penambahan seperti kitchen cabinet, extension di drying yard, pemasangan grill dan melengkapkan semua keperluan asas.

May 2012 kami membuka tangan menerima 'sahabat penyewa' pertama yang kebetulan seorang selebriti tanahair yang sedang menunggu rumah idaman mereka siap sepenuhnya. 

Rumah Contoh bukan rumah kami yang sebenar.

Setelah lebihkurang setahun setengah kini kami bakal menerima sahabat penyewa baru. Kami alu-alukan kepada mereka yang sukakan suasana damai, penduduk yang mesra dan kawasan yang sesuai untuk kanak-kanak bereakrasi.

Sahabat penyewa sediada akan berpindah keluar pada 15 Disember dan aset ini sedia untuk dilawati bermula 20 Disember 2013. Dan boleh diduduki seawal 30 Disember 2013.

Di tingkat bawah rumah 2 tingkat Super Link bukaan 35' x 55' ini mempunyai Ruang Tetamu, Ruang Makan yang selesa. Dapur Kering & Dapur basah yang siap dengan kabinet dapur membuatkan ruang penyimpanan lebih kemas. Sebuah bilik air yang dikongsi bersama 10'x 10' bilik serbaguna. Sebuah stor dibawah tangga dan ruang pengeringan yang ditambah dari pelan asal.

Menaiki tangga ke tingkat kedua, ruang keluarga yang boleh dijadikan ruang menonton dikelilingi oleh Master Bedroom berkeluasan 35' x 15' berserta bilik mandi berkemaskan jubin di lantai dan dinding. Juga 2 bilik tidur yang berkongsi bilik air di antara keduanya.

Lokasi memang menarik. jalan kaki santai2 8 minit dah sampai ke Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Saujana Impian 2. Nak ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) pun sama, jalan lenggang kangkung 10 minit dah sampai.

Pandu 5 km dah tiba dipersimpangan SILK & LEKAS Highway. Senang sangat lah nak JJCM (Jalan-jalan cuci mata/carik makan) kat Putrajaya, Cyberjaya atau Seremban.


Nak shopping pulak GIANT & TESCO pun dekat ler sangat. Bak kata orang kalau sakit perut boleh settlekan kat rumah sendiri ajer.. (hik hik..) 

Sepanjang jalan di hadapan SMAP ni pulak memang area 'happening'. Pasar malam setiap minggu dan lebih happening kalau bulan Ramadhan, memang kawasan Bazaar Ramdhan.

Dan lebih seronok, lagi 2-3 tahun ada MRT pulak kat kawasan berdekatan. So memang superblah area ni.!! 

OOOPss balik ke niat asal, kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sahabat penyewa kami, sila hubungi saya di 013-3976632.

Sewa bulanan sebanyak RM 1,500 sebulan (nego), kami perlukan 2 bulan deposit dan sewa bulan pertama  beserta 1/2 bulan deposit utiliti seperti bil air, elektrik, indah water. Keseluruhannya sebanyak RM5,250. Kemasukan seawal 30 Disember 2013. 

Sikit soalan POP KUIZ. Antara PELABURAN HARTANAH dan simpan CASH (di bank), yang mana satu pilihan anda? Saya juga konsultan pelaburan sekiranya anda perlukan bantuan. Rumah yang hanya RM3xxK kini  RM7xxK. Senyum :) 






0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.