Amanah Ikhtiar Malaysia
Pertama kali ambil pengalaman berkongsi Bahaya Dioxin & Alternatif bersama para peniaga di Amanah Ikhtiar Malaysia Bukit Kerinchi hari ini 17/Dis/13 jam 1:00pm
Terima kasih kepada CPIC Farah Alias yang membuka peluang untuk mengenali lebih dekat rangkaian AIM.
Menarik mengenai AIM ini di mana satu tabung amanah disediakan kepada Peniaga Kecil & Sederhana (PKS) untuk mereka membina perniagaan masing-masing dan pembayaran balik wajib dilakukan pada setiap minggu pada tarikh / hari yang telah ditetapkan.
Dari pemantauan peribadi, garispanduan pinjaman dan pembayaran balik ini agak unik kerana menggunakan sistem kumpulan. Ketika pembayaran balik mingguan dilakukan, sekiranya ada ahli kumpulan yang tidak dapat membuat bayaran balik atau 'lari', maka ahli-ahli dalam kumpulan perlu berbahagi sama rata mengeluarkan 'zakat' untuk melunaskan bayaran balik ahli tersebut pada minggu itu.
Moralnya, amat penting untuk setiap ahli kumpulan atau peminjam amnya berlaku jujur terhadap pinjaman dan pembayaran balik masing-masing. Sekiranya tidak, ia kan 'menganiaya' ahli-ahli lain dalam kumpulan mereka.
Demo Leexe
Berbalik kepada perkongsian Bahaya Dioxin & Alternatif, demo dilakukan agak lewat dan hampir 70% yang hadir telah pulang walaupun saya datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Jadi, ada lah dalam 7 orang yang tinggal dan berminat untuk mendengar. Bagi saya sudah cukup baik kerana yang tinggal sememangnya mereka yang berminat.
Antara aksi-aksi penyampai.
- 8 Lapisan pada Pad & Pantyliner Lexee ditunjukkan satu persatu.
- Lapisan akhir pada Pad & Pantyliner Lexee diperbuat dari bahan organik mudah lupus, mesra alam. Memberi lapisan udara yang mencukupi bagi mengelakkan pemeluwapan kepada ruang pangkal rahim.
- Manakala lapisan akhir pad biasa, kebiasaannya menggunakan plastik yang menyebabkab kelembapan dan kegatalan.
- Pad yang dicemar DIOXIN akan merubah warna air kepada kekeruhan (cawan kiri) manakala air yang direndam pad LEXEE kekal jernih (cawan kanan).
- Adakah kita tegar untuk mencemarkan RAHIM kita dengan Dioksin lagi??
- Sudah tentu tidak.
- Sebahagian dari video demo yang sempat diambil.
Kepada individu atau persatuan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang BAHAYA DIOXIN KEPADA WANITA & ALTERNATIFNYA, hubungi kami untuk perkongsian secara PERCUMA.
0 comments:
Post a Comment