Home » » Tahniah ALYA! & baju persalinan hantaranku

Tahniah ALYA! & baju persalinan hantaranku

Tarikh : 19 Disember 2013
Lokasi : Sekolah Tun Fatimah

Selepas subuh kami sekeluarga bergegas bertolak ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur. Aira pun bangun awal sebab dah janji dari malam sebelumnya lagi yang kami semua akan bertolak ke JB seawal mungkin. Awal tak awal, jam 8 pagi baru boleh bertolak, selepas ambil sarapan pagi.

Perjalanan seperti biasa, dimulakan dengan doa menaiki kenderaan, di baca oleh anak bujang Muhammad Syafiq dan diikuti Selawat ke Atas Nabi Muhammad s.a.w 10 kali setiap seorang termasuk Aira.

Perjalanan sangat mudah, kenderaan atas jalan boleh dikira dengan jari. Jam 10 pagi kami masih dalam perjalanan, di Sedenak. Ada lagi 20 minit untuk sampai ke destinasi. Jam 10 pagi result PMR biasanya sudah dibentangkan di sekolah. huhu.. tapi ok kot.. mesti ada ucapan guru besar dan sebagainya dulu sebelum tu  (alasan menyedapkan hati)

Dalam kereta lain halnya, Alya dah tak sabar-sabar nak tahu result PMR nya. Untung budak-budak sekarang dah boleh semak keputusan periksa melalui sms.

Tatkala sampai ke sekolah, jam menunjukkan pukul 10:40 pagi dan sedang berlangsung acara pemberian Slip Peperiksaan di dewan sekolah. Kiranya kami tidaklah terlalu lambat.

Sempat berbual dengan Bonda STF mengenai pencapaian dan prestasi sekolah itu tahun ini. Tahniah kepada STF kerana menjadi Sekolah Terbaik di Johor dimana 89% dari pelajarnya mendapat keputusan cemerlang 8A, termasuk ALYA.

Tahniah ALYA, Tahniah STF!

Antara pelajar cemerlang 8A. Cuba cari, Alya yang mana satu?


Ibu, Alya, Aira & Ayah
Alya, Aira & Muhd


Alya & baju persalinan hantaranku

Dua hari sebelum Amik result, Alya sibuk cari baju merah. Walaupun sebenarnya dia dah ada baju kurung warna merah, baju raya tahun lepas yang masih muat lagi, tapi saya dah ada sesuatu di minda.



Nak bagi Alya pakai baju persalinan hantaran perkahwinan saya dulu-dulu. Masih cantik, sangatlah jarang saya pakai sebab sayang punya pasal.

Inilah bajunya...  :)






0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.