Home » , » Senyum. Buangkan perasaan hitam itu..

Senyum. Buangkan perasaan hitam itu..

Assalamualaikum. Have a great day everyone! 


Pastikan anda sentiasa rasa gembira. 

Semua insan berhak untuk rasa gembira. Gembira adalah satu-satunya perasaan positif yang berada di sekeliling kita. Perasaan gembira ini unik. Hadirnya seketika dan akan pergi sekiranya kita tidak mampu menjaganya.


Tips hari ini :


Hilangkan rasa stress, kecewa, sedih, marah dan apa jua perasaan mengganggu emosi. Apa juga perasaan yang menghalang kita dari rasa gembira. Saya gelarkan perasaan ini perasaan hitam.


Cara-caranya:


  1. Bawa semua perasaan hitam itu bersama-sama anda ke bilik air
  2. Berada di posisi paling selesa menghadap mangkuk tandas
  3. Diam seketika dan pejamkan mata.
  4. Menggunakan minda. Cuba rasa, dengar dan lihat, di anggota tubuh manakah perasaan hitam itu berada. e.g tangan? kepala? kaki? leher?
  5. Menggunakan tangan, ambil perasaan hitam itu dan genggam
  6. Lontarkan ke dalam mangkuk tandas
  7. Ulang beberapa kali sehingga semua perasaan hitam itu hilang dari badan/diri anda
  8. Kini, semua perasaan hitam telah berada di dalam mangkuk tandas
  9. Bukakan mata
  10. Flush / jirus toilet yang penuh dengan perasaan hitam itu
  11. Lihat dengan jelas bagaimana perasaan hitam itu hilang bersama air jirusan
  12. Perasaan hitam HILANG!
  13. Anda lega dan tersenyum
  14. Anda GEMBIRA!

Lakukannya dan yakin anda berjaya!

-SERI Aishah, NLP Terapis-



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.