Home » » 2014! Doakan anakmu, Ibu!

2014! Doakan anakmu, Ibu!

Tarikh : 30/12/2013 - 1/1/2014

Lokasi : KL- JB - KL

Hujung tahun 2013, menghadirkan diri di Johor Bahru. Dah jadi tradisi sejak 2011, sejak anak dara saya, Alya, bersekolah di Sekolah Tun Fatimah. Mau tak mau memang kena hantar Alya ke 'sarang'. 

Cerita balik kampung hujung tahun 2013 bermula pada tarikh 30/12/2013 jam 8pm. Seperti biasa walau kemana saja asaja berada, yang pasti akan bersama adalah set lengkap Vitamin & Supplemen SHAKLEE dan juga Pad&Pantyliner LEXEE. Rutinnya sebelum melangkah keluar, saya akan update status di Instag & Facebook. Sesiapa yang berhajat kedua-dua produk ini, pasti akan hubungi saya.

Inilah photo & produk carik makan :)

Peluang berada di Johor tidak dipersia-siakan. Ambil peluang berjumpa dan santai-santai coach bisnes partner LEXEE, Kak Ayin, kakak kepada kawan comel di TIJB 86/87 dulu, Roseleena N. 


Antara perkara yang saya suka dengan perniagaan Lexee ini adalah :
  • perkongsian kesedaran bahaya Dioxin bersama dengan semua wanita 
  • membina peluang menjana pendapatan
  • membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalankan perniagaan tanpa modal kerana kekangan kewangan 
  • Produk LEXEE tersangat mudah untuk dipasarkan kerana ianya satu keperluan.


Sharing santai-santai. Tak perlu stress dengan Lexee.


Tahun 2014, kembalinya Johor seperti 22 tahun yang dulu. Memberi martabat kepada penghulu segala hari, Hari Jumaat, juga Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu. Allah pelihara Johor! Tanah Tumpah Darahku! Tahniah JOHOR!

Ale... ale... ale... JDT, Chaiyok!  hehehe tetiba pulak terkeluar semangat Harimau Selatan. Semoga tahun 2014 tahun cemerlang JDT. :)

Tiba masa menghantar Alya, liat ajer tengok Alya nak balik. Sajer jer dia melengah-lengah masa... ikut suka hati lah Alya.... Teringat jugak masa dulu-dulu duduk asrama, memang bercinta nak balik.. banyak sebabnya. Hanya yang mengalaminya memahami perasaan balik ke asrama ni.. 

So, bye-bye Kakak. Doa Ibu dan Ayah selalu mengiringi diri anakanda semua. Jaga keselamatan diri, jaga etika peribadi, jaga hubungan dengan Ya Rabbi, DIA akan sentiasa melindungi dan memudahkan urusanmu...


Perjalanan pulang yang konon-kononya dijadualkan seawal 10 pagi, tertangguh sehingga jam 3 petang. Biasalah.. sendiri pun banyak halnya... hehehe. Konon-konon nak settlekan urusan di Nilai & di Gombak dalam perjalanan pulang. Disebabkan kelewatan terpaksa batal agenda ke Gombak. Destinasi Nilai tetap diteruskan sebab sememang dalam Route.
Lengang jalan seperti dunia ana yang punya!
Peluk cium Ibu dan Abah sambil mengharap restu dan doa mereka untuk mengiringi perjalanan mengharungi peluang dan cabaran untuk sepanjang tahun mendatang. Doakan anakmu ini, Ibu!



1 comments:

Powered by Blogger.