Home » » SELAWAT : Mudahnya menjemput Rahmat Allah

SELAWAT : Mudahnya menjemput Rahmat Allah

Berselawat ini besar ruang lingkupnya.. bukan hanya dilakukan oleh manusia,  begitu juga para Malaikat, malah Allah juga berselawat ke atas hambanya. SUBHANALLAH.


Selawat ialah bahasa Arab yang ertinya doa, rahmat dari tuhan, memberi berkat dan ibadat.

Kalau selawat itu diamalkan oleh hamba kepada Allah,maka maksudnya bahawa hamba itu menunaikan ibadat atau berdoa (memohon kepadaNya).

Tetapi kalau Allah berselawat atas hambanya,maka selawat dalam ini ertinya adalah bahawa Allah mencurahkan rahmatNya-Allah melimpahkan berkatNya.

Pengertian selawat atas Nabi s.a.w ialah "Mengakui kerasulannya serta memohon kepada Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaannya"

Pengertian selawat malaikat kepada Nabi s.a.w adalah memohon kepada Allah supaya mencurahkan perhatianNya kepada Nabi (kepada perkembangan agama). 

Kesimpulannya :
Kalau selawat dari Allah - Allah memberi rahmat:
Kalau selawat dari malaikat - meminta keampunan 
kalau selawat orang mukmin - berdoa supaya diberi rahmat seperti perkataan " Ya Allah limpahkan rahmat atas Nabi Muhammad s.a.w"

DALIL AL QURAN DAN HADIS NABI

Surah Al-Ahzab ayat :56 maksudnya
" Sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatNya bersalawat untuk nabi . Hai orang orang yang beriman ,berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"

Hadis hadis Nabi s.a.w maksudnya : 
"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penawar jiwa pembersihan dosa) bagimu" (diriwayatkan Ibnu Murdawaih)

"Setiap doa adalah terlarang,sehingga berselawat atas nabi s.a.w"(diriwayatkan Ad Dailami)

" Bahawasanya seutama utama manusia (orang yang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (diriwatkan an-Nasai dan ibnu Hibban)



FAEDAH - FAEDAH BERSELAWAT
  1. Dapat memperolehi limpahan rahmat dan kebajikan dari Allah
  2. Dapat memperolehi kebajikan mengangkat darjat dan menghapuskan kejahatan dan kesalahan.
  3. Memperolehi pengakuan kesempurnaan iman,jika kita membacanya100 kali
  4. Menjauhkan kerugian,penyesalan dan digolongkan kedalam  golongan orang orang yg solih.
  5. Mendekatkan diri pada Allah
  6. Memperolehi pahala seperti pahala memerdekakan budak
  7. Dapat memperolehi syafaat
  8. Memperolehi penyertaan dari malaikatur Rahman
  9. Memperolehi hubungan yang rapat dengan nabi (salam itu akan disampaikan oleh malaikat kepada nabi) 
  10. Membuka kesempatan berbicara dgn nabi 
  11. Menghilangkan kesusahan,kegundahan dan melapangkan rezki
  12. Melapangkan dada
  13. Menghapuskan dosa
  14. Menggantikan sedekah bagi orang yg tidak sanggup bersedekah 
  15. Melipat gandakan pahala  yg diperolehi
  16. Mendekatkan kedudukan kepada rasulullah s.a.w di hari kiamat
  17. Dapat melepaskan diri dari kebingungan di hari kiamat.
  18. Menjadi kan sebab sebab doa kita dapat diterima oleh Allah
  19. Memenuhi satu hak nabi.
  20. Di Padang masyar sebagai seorang yang mencintai Nabi
  21. Di kabul segala hajat keperluannya.
Mudahnya menjemput Rahmat Allah... jom beristiqamah.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.