Tarikh : 8 Februari 2014
Lokasi : Denai Alam
Agenda : Seminar Bijak Usahawan
Sebelum keluar rumah tadi amik aura Ros Damask ni dulu. Wangiiiii yo! suka suka suka... |
Alhamdulillah, hari ni belajar perkara asas uruskan akaun perniagaan. Dah bertahun-tahun buat bisnes comel-comelan, tapi tak kisah sangat pasal kunci kira-kira. Rupa-rupanya catatan debit kredit sangat penting dalam bisnes.
Untuk apa?
- Untuk memaksimakan keuntungan bisnes
Kita akan fikir bisnes kita untung bila selalu ada duit masuk. Masalah terbesar kita ialah bila tak perasan modal yang keluar iaitu modal operasi sebenar dalam menjalankan bisnes. Ini yang menentukan untung rugi perniagaan. Kalau untung kecil, kena fikir semula bagaimana nak kecilkan kos operasi atau kos2 lain.
- Untuk nak tahu bisnes yang baik atau tidak.
Dari akaun ini juga kita tahu purata margin/keuntungan bisnes kita. Sekiranya keuntungan tidak seperti yang dijangka, kita boleh rombak atau susun semula strategi bisnes. Sekiranya terpaksa, kita perlu 'EXIT' dari bisnes tu. fuhhh.
- Semua mesti nak naiktarafkan bisnes kan?
Jadi kena mulakan dari sekarang, supaya bila bisnes dah berkembang nanti dah jadi biasa.
Hari ni baru saya tahu :
1. Apabila untung bersih setiap perniagaan mencapai RM30,000 setahun, percukaian wajib dilaksanakan
2. Stok barangan perniagaan yang masih tersimpan perlu di ditolak terlebih dahulu sebelum kiraan untung bersih.
3. Borang B perlu digunapakai oleh individu yang bergaji hakiki dan menjalankan bisnes Enterprise (yang layak dicukai) dan tarikh tutup ialah pada 30 Jun stiap tahun berikutnya. (Individu sahaja - 30 April)
Mulai hari ini saya akan ambil berat :
1. Untuk simpan semua resit dan apa juga perbelajaan termasuk bil utiliti untuk pengiraan kira-kira bulanan.
2. Buat filing yang teratur untuk setiap perniagaan.
3. Mencatit wang keluar masuk dan sediakan 'punjut' khusus untuk mengasingkan wang peribadi dan wang runcit perniagaan.
Mengejar hutang adalah tanggungjawab kita supaya ianya akan menjadi "pendapatan" yang nyata |
As usual, saya mesti kat meja depan :) |
Terbaikk... |
0 comments:
Post a Comment