Home » » MEMBINA KEKAYAAN dan KEJAYAAN?

MEMBINA KEKAYAAN dan KEJAYAAN?


Seorang yang kaya tidak semestinya berjaya, dan seorang yang berjaya tidak semestinya kaya. Itulah perumpamaan maksud dua perkataan hikmat yang sering disebut oleh kita.
 
"Aku ingin kaya", "Aku mahukan kejayaan", "Aku sudah kaya", "Aku sudah berjaya".


Dua istilah ini sering menjadi sebutan oleh banyak antara kita terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan. Malah dalam situasi pekerjaan samaada di sektor swasta atau kerajaan, masing-masing mahukan kekayaan ataupun kejayaan atau kedua-duanya sekali. .

Namun persoalannya, yang mana satukah yang harus dicapai dahulu?
The richest men has said; 
"Successful or richnest is not depend on your bank account, but it is depend on your MIND"
Sering kali kita bertemu seorang yang telah menjadi jutawan yang dikatakan “KAYA” namun banyak yang tidak beJAYA dalam KEHIDUPAN. Wang, Harta yang banyak tidak menjamin KEJAYAAN seseorang untuk mencapai MATLAMAT KEBAHAGIAAN dalam hidup. Kehendak manusia sukar dipuaskan dan dipenuhi. Selagi masih hidup, kehendak dan keinginan manusia tidak akan terbatas. Apakah sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan ini?


Allah berfirman “TidakKu jadikan jin dan manusia itu melainkan beribadat kepadaKu”

Nah!! Inilah sebenarnya matlamat kehidupan yang kita cari selama ini. Banyak antara kita yang tidak menjumpai matlamat ini dan menamatkan riwayat hidup kerana tidak dapat menempuhi rintangan dalam mencari KEKAYAAN dan KEJAYAAN. Namun demikian, ibadat tidak berkisar kepada Solat, Puasa dan Zakat sahaja, ianya adalah meliputi semua ASPEK kehidupan manusia selagi tidak bertentangan dengan ajaran Allah s.w.t dan rasulNya. Semua perkerjaan, tindakan kita adalah ibadah jika ianya diNIATKAN dengan nama Allah. 
“Setiap perkara itu hendaklah dimulakan dengan NIAT”. 
Di sinilah letaknya matlamat KEHIDUPAN, KEKAYAAN dan KEJAYAAN yang sebenarnya dicari oleh setiap insan. Mari kita sama-sama betulkan NIAT kita berjuang HANYA untuk Allah s.w.t. Mulakan setiap perkara dan Bismillah dan NIAT serta DOA yang baik.
Allah berfirman; “Berdoalan kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan kepadamu”
Moga apa yang kita usahakan menjadi ibadah dan apa yang kita cari selama ini iaitu KEKAYAAN dan KEJAYAAN akan tercapai dengan IZIN ALLAH.


** Kredit khas kepada Page FaceBook LEXEE kerana ini adalah penulisan yang saya baca di Page tersebut dan terkesan dengan isikandungannya. Saya mohon penulisan ini dikongsikan di sini kepada semua pembaca SERI AISHAH BLOG sebagai panduan dalam keghairahan kita mengejar kekayaan dan kejayaan** 

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.