Home » , » Misi ABS Chapter Subang Permai bermula

Misi ABS Chapter Subang Permai bermula

Tarikh : 22 Februari 2014
Lokasi : Mutiara Gombak

Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.

Pertemuan yang singkat saya bersama Puan Ainon Mohd di Mutiara Gombak berakhir dengan perlantikan sebagai Ketua ABS Chapter Subang Permai. Terima Kasih Puan Ainon. Ini adalah amanah, kepercayaan dan penghargaan yang sangat besar yang perlu saya laksanakan untuk menjadikan diri serta rakan kongsi ABS Chapter Subang Permai lebih maju, berjaya, kaya dan berdaya saing. 


 Dengan ini, misi mencari rakan kongsi bermula....

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya menjemput semua rakan-rakan di persekitaran 
● Desa Subang Permai
● Subang Perdana
● Kampung Melayu Subang
● Bukit Subang
● Denai Alam
untuk bersama-sama saya membangunkan perniagaan kita bersama-sama melalui rangkaian perniagaan ABS yang semakin berkembang pesat.

Sememang banyak peluang yang terbuka untuk semua termasuk membuka perniagaan dalam kategori :
·         Hypersale
·         Pendidikan (Tadika, Akademi Al-Quran)
·         F&B
·         Trading
·         Al-Tel (telekomunikasi)
·         Apparel (textile)
·         dan berbagai lagi. 

Melalui Komplot ABS saya amat yakin dengan rangkaian yang kukuh dan bergerak pantas.


Mohon komen "saya mahu" dan saya akan jemput tuan puan ke secret group facebook ABS Chapter Subang Permai.

Terima Kasih.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.