Home » » Nyamuk oh Nyamuk!

Nyamuk oh Nyamuk!


Masa anak bujang dan anak dara saya kecik-kecik dulu, diorang selalu kata," Balik rumah Tok Wan best, ramai kawan tapi banyak nyamuk." Memang pun, rumah keliling sawah kot. Banyak betul nyamuk especially menjelang lewat senja. Bisa-bisa pulak tu kalau menggigit.. Pasang ubat nyamuk  tu kalau boleh nak letak kat sebelah kaki. hehehe.


Makanya penggunaan kelambu waktu tidur adalah perkara wajib bagi saya setiap kali balik Penang, dari dulu sampai lah sekarang ni. Cerita pasal kelambu ni pulak, dari jenis yang sangkut kat paku-paku di dinding rumah sampailah dah guna jenis punjut macam tudung saji moden tu..


Anak-anak pulak dah macam jakun tengok kelambu, asyik main keluar masuk keluar masuk. Adoyaii. Aira pulak panggil kelambu ni khemah. hahaha.


Adakalanya bila anak-anak tidor buas sikit, terbukak kain kelambu tu.... apalagi.. menderu-deru nyamuk amik kesempatan. Dah macam masuk syurga agaknya!  kenyang sakan lah nyamuk yang dapat masuk tu.  Bila sedar badan digigit nyamuk, bukak mata, nampaklah tompokan hitam halus-halus kat dinding dalam kelambu... huhu masa tu rasa naik bulu roma... geram betoooiiii. Surely tak boleh tidor selagi semua nyamuk yang ada belum dihapuskan..ambik masa jugaklah nak selesaikan tugasan dengan suasana lampu tidor yang suram-suram  tu..


Kitaran hidup seekor nyamuk.
Telur akan menetas dalam masa 24-48 jam
Larva akan hidup dari 7-14 hari
Pupa - berada di bawah permukaan air 1- 4 hari
Nyamuk dewasa - jangka hayat 4-30 hari.
Semakin panas suhu air lebih cepat proses pembentukan larva dan pupa.
Aedes pembawa Denggi

Kalau nak cerita bab demam Denggi memang kami dah laluinya. Tahun 2000. Kami duduk kat Vista Angkasa Kerinchi. Muhammad, saya dan suami. Hanya Alya yang selamat. Masa tu Aira belum ada. 

Muhammad demam agak lama sampailah satu malam dia muntah keluar darah. Masa tu baru kami tersedar yang kemungkinan besar dia kena Denggi Berdarah. Bergegas kami ke Pantai Medical Centre. Masa buat blood count, platlette dia dah turun sampai tahap 30. Kadar normal ialah 150. Sedikit bahagian organ dalaman dah luka. So,kena masuk 4 pain darah platlette warna keperangan tu...

Dalam pada menjaga Muhammad di wad, saya pulak dah rasa seram sejuk. Badan, sendi semua sakit-sakit. Keluar bintik-bintik merah di lengan tangan. Akhirnya saya juga disahkan menghidap denggi. Cuma tidak sehingga tahap perlukan platlette tambahan.

Akhirnya mak dan anak sama-sama kena tahan dan diletakkan di dalam wad yang sama. Mujur ada wad 2 orang sebilik yang kosong. Maka tugas menjaga kami digalas suami saya. Memang 'kelakar' lah jugak masa tu.. 

Lebih kurang 4 hari selepas tu dan keadaan Muhammad semakin baik, kami dibenarkan balik. Elok pulak selepas itu, suami pulak demam dan segera bergegas minta di buat ujian darah dan memang positif denggi tahap permulaan. Tak perlu diwadkan, cuma rawatan out-patient dan perlu ambil ujian darah setiap hari tanpa gagal. Selang beberapa hari, keadaan suami kembali normal.

Alhamdulillah, kami semua pulih sepenuhnya..

Selang 2-3 hari, datanglah para pemeriksa dari DBKL buat pemeriksaan di rumah, Alhamdulillah tiada kesan takungan air di dalam rumah. Jadi kemungkinan besar kami dijangkiti ketika berurusan dui luar rumah.

Itulah cerita pasal nyamuk. hehe.. panjang juga yek. :)


owh! Niat asal untuk bercerita tentang nyamuk ni sebenarnya sebab dalam dok ralit scroll down wall facebook saya, terserempak satu artikel tentang cara-cara memerangkap dan membunuh nyamuk. Versi genius katanya. Ini yang sebenarnya bagi idea untuk saya menulis. Idea perangkap nyamuk ni nampak bagus sebab mesra alam dan jauh dari asap juga bahan kimia..


Nak cuba? Ikuti langkah berikut:

Bahan-bahan :
• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:


  1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
  2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
  3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
  4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
  5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.


Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol. 

Nak tau berkesan atau tak, kena lah cuba try test. huhu...  Apapun memang nampak mudah dan bantu selesai masalah nyamuk yang banyak waktu panas-panas seperti sekarang ni. 


Selamat mencuba!







0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.