Home » » Dari ABS: Duit Baik dan Duit Buruk

Dari ABS: Duit Baik dan Duit Buruk

Tentang tingkah laku bisnesman yang menggunakan 'duit baik' bagi menyelamatkan 'duit buruk'....

Dalam pepatah orang putihnya, disebut 'good money running after bad money'. Tingkah laku ini kerap berlaku dan dapat kita lihat di sekeliling kita.

Ia berlaku begini, sebagai contoh:

Kita mengambil pinjaman bank RM40k bagi memulakan bisnes direct-selling ala-MLM kita sendiri. Kita mengeluarkan sendiri produk garam-magic yang kita jual RM250 sekotak.

Kemudian bisnes kita tersangkut. Garam-magic kita tidak laku. Beribu kotak stok garam-magic dalam setor tidak bergerak.

Ansuran hutang bank bulanan tersangkut. Bunga hutang bank semakin banyak. Ada pula kawan yang mencadangkan supaya kita muncul di TV3, dan bayarlah slot iklan. Kita pun ikut nasihatnya.

Duit modal RM40k itu sudah lama habis. Di mana hendak dicari duit bagi membayar slot masuk TV3? Kawan kita itu memberi idea supaya kita gunakan kad kredit. Kita ikut nasihatnya. Kita keluar lagi duit. Jualan tidak juga naik.

Kemudian, ada pula kawan lain mencadangkan supaya kita membeli ruang iklan dalam Harian Metro. Duit tidak ada. Kawan itu mencadangkan supaya kita apply kad kredit baru. Kita ikut nasihatnya. Kita keluar duit lagi. Jualan tidak juga naik. Bunga hutang semakin naik.

Kemudian, ada kawan lain mencadangkan supaya kita membeli iklan berbayar dalam internet. Kita tidak pandai membuat website. Duit tidak ada. Kawan itu mencadangkan supaya kita pinjam kad kredit isteri. Kita pun pinjam kad kredit isteri. Kita pun keluar duit lagi, dan kita membayar web-developer. Jualan tidak juga naik. Bunga hutang semakin naik.

Modal RM40k itu pada mulanya adalah good-money, kemudian menjadi bad-money.

.

Bad-money adalah duit yang tidak dapat diselamatkan lagi. Dalam istilah lain ia disebut sunk-cost.

Tingkah-laku di mana kita membelanjakan good-money sebab hendak mendapatkan semula bad-money adalah didorong oleh:

+ Kita berpegang kepada harapan palsu kononnya duit yang lebur itu masih dapat diselamatkan.

+ Kita tidak dapat menerima kenyataan bahawa kita telah melakukan perkara bodoh dalam bisnes, seperti mengeluarkan garam magic yang tidak laku.

.

Duit-buruk adalah 'bad investment'.

Berhentilah mencurahkan lebih banyak duit-baik ke dalam lubang duit-buruk kerana didorong oleh harapan palsu kononnya kita masih boleh mendapatkan wang RM40k itu dengan menjual garam-magic kita.

Apabila kita mula membelanjakan duit-baik atas harapan-harapan palsu, BISNES SUDAH MENJADI PERJUDIAN.

.


Nota kaki blogger :



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.