Home » » Anna dan Kristoff

Anna dan Kristoff

Entah macamana tergerak hati untuk membela 2 ekor kucing ini. Walhal bukanlah seorang penggemar kucing. Berbeza dengan suami dan anak-anak yang sememang sukakan kucing. 

Mungkin kerana 2 faktor : 
1. permintaan Aira nak bela kucing sudah sekian lama. Punya pandai guna sentimen sunyi lepas balik sekolah... aduyai... mencairkan hati sungguh.

2. sebab anak2 kucing  berwarna putih dan bermata biru sangat comel. Kepunyaan rakan bisnes Pn Dr Sakinah yang kebetulan mahu melepaskan kucing-kucing ini atas sebab yang tiidak dapat dielakkan.

Akhirnya pada 25 Ogos 2014, mereka berdua selamat dipindahkan ke Desa Subang Permai. Inilah wajah pertama mereka di rumah baru.

Anna & Kristoff adalah nama pemberian Aira mengambil tema cerita FROZEN kegemarannya.
Airalah orang yang paling gembira dengan kehadiran Anna & Kristoff.

Anna & Kristoff
Pertama kali juga menjejakkan kaki ke Klinik Haiwan untuk mendapatkan ubat dan suntikan vaksin. Perghhh... membela kucing juga agak tinggi kosnya. Sekali ke klinik  untuk ubatan dan vaksin mencecah ratusan juga... huhu.

Mujurlah kucing2 ini hanya kucing kampung sahaja, sekiranya kucing jenis impot, agak-agak berapa kos nya ya?
Anna get her first vaccin
Mereka hanya duduk di dalam sangkar apabila malam sahaja.  Sebelum Aira ke sekolah mereka akan dilepaskan untuk menikmati kehidupan luar sangkar. Suka betul mereka berdua ni berkejaran dan melayan kerenah sesama sendiri.

Semoga kami dapat memberikan kelapangan kehidupan yang baik untuk Anna & Kristoff.

Kristoff - Abang
Anna - Adik pompuan
Aira & her cat








0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.