Home » » Cabaran 30 Hari Blogging : SIAPA SAYA?

Cabaran 30 Hari Blogging : SIAPA SAYA?

Dengan nama ALLAH yang Maha Penyanyang lagi Maha Mengasihani...

KakSeri  yang di lahirkan di pekan kecil Kota Tinggi Johor adalah anak ke-tiga dari 7 orang adik beradik. Orang tua-tua kata kalau anak ke-3 tu kuat unsur API nya.



Meh kita lihat ciri-ciri insan berunsurkan api. Kita tengok ada tak persamaan dengan 'mitos' ini.



Semangat yang tinggi , sangat aktif & berkobar-kobar

oooo patutlah. 

Tidak dinafikan KakSeri seorang yang sangat aktif dan sudah semestinya semangat KakSeri tinggi. hehehe.. macam-macam perkara nak buat, macam-macam bisnes yang KakSeri ceburi..

Selain dari seorang yang berjawatan tetap, saya aktif menjalankan perniagaan sambilan dan aktif juga berpersatuan.

Nak tahu detailnya, sila klik link ini. Pn Seri Aishah


Sangat teliti & berwaspada

Bab sangat teliti tu, KakSeri akui. Sebagai seorang yang berjiwa teknikal, mungkin kerana bimbingan kendiri berpuluh tahun sebagai seorang jurutera, KakSeri memang sangat teliti khususnya dalam penyediaan lapuran dan pengiraan. huhu.. sebab tu suka kira duit. hahaha

KakSeri juga sangat teliti memilih perniagaan yang KakSeri ceburi. KakSeri akan menganalisa setiap produk yang KakSeri bawa mengikut pembacaan dan memilih antara produk terbaik untuk setiap pelanggan KakSeri.

Antara produk pilihan KakSeri sebagai pengedar/agen:
+ produk kesihatan vitamin & supplemen SHAKLEE
+ produk penjagaan vagina terbaik, tuala wanita LEXEE
+ produk kecantikan selamat dan berkesan Myra de Beaute


Bab berwaspada pulak, tak lah berapa pasti sebab pernah juga terkena, tertipu dek pujukan rayu manis bermadu.. huhuhu... apa pun semua itu pelajaran yang mematangkan.


Suka menyakat dan mengenakan orang lain

Dalam hal ini mungkin ada kebenarannya. KakSeri suka berjenaka dan mengusik orang-orang di sekeliling. KakSeri suka kehidupan ceria yang penuh dengan usikan ringan. 

Cuma risau juga, usikan-usikan ini dianggap sensitif kepada pihak yang lain.. so kalau pernah terasa tu.. ampunkan daku.


Panas baran & mudah melukakan hati orang lain.

Yup. Sangat. Cepat naik angin...ooooppss..

Jangan cuba menjentik, cepat saja perkataan laser terkeluar dari lidah yang tidak bertulang. hahaha

Cuma pada ketika usia dah semakin 'tinggi' ni, bolehlah kawal kemarahan dan kebaranan. Alhamdulillah.


Kuat Cemburu

Ofkos... applicable untuk sidia sahaja.


Nampak pendiam + sombong tapi baik hati.

Betul betul betul.

Ada masa tak berapa reti nak berkawan, tak reti nak memulakan bicara bila jumpa kawan baru. Terkelu dan  rasa mahu sembunyikan diri bawah meja. Sungguh!

Tapi dalam hati sentiasa ada taman untuk sesiapa saja pandai ambil hati KakSeri. hehehe

Fuhhh... short and precise about me, isn't it?

So secara kasarnya, dah boleh kenallah siapa KakSeri kan? Yang dah berkawan lama dengan KakSeri, tahu lah betul salahnya mitos ni.

Yang tak kenal lagi... agak-agak ajer lah.  Apa-apa pun KakSeri ni seorang yang menarik untuk tuan puan kenaliPeace yo! :)

Ini Page FB KakSeri. Jom kita fren-fren. https://www.facebook.com/noraishah.ramlan

Untuk tuan puan yang nak tahu apakah kriteria unsur-unsur yang berkaitan dengan tuan puan, semaklah ya! 

ok baiii!





0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.