IBU MERTUA KU
Malam ni KakSeri dan famili berkumpul dengan 'adik beradik' sebelah AbgHj.
Emak menakan pupu, MakTeh dan MakTam serta keluarga. Keluarga sebelah Mak Mertua KakSeri.
KakSeri tak sempat jumpa MakMertua. Erti kata lain, mak mertua meninggal dunia sebelum KakSeri berkahwin. Maka, KakSeri tiada pengalaman punyai Mak Mertua.
Namun mendapat perhatian dari bapa mertua, kakak-kakak dan abang ipar, sudah membayangkan betapa mesranya dan tingginya kasihsayang seorang 'Ibu Mertua'.
Alhamdulillah. KakSeri beruntung.
Bahkan ukhwah dengan 'adik beradik' (baca : saudara mara) AbgHj yang lain juga sangat baik dan rapat.
Menjaga hubungan kekeluargaan dengan pihak pasangan sangat penting. Pernah dengar bidalan ini?
Apabila kita berkahwin denga suami kita, kita juga turut berkahwin dengan keluarganya.
Pasti kita perlukan sedikit masa untuk memahami, apatah lagi jika berkahwin dengan pasangan yang mempunyai bahasa dan budaya negeri yang berbeza.
4 tips yang mahu KakSeri kongsikan untuk adik-adik (khusus wanita) yang bakal 'berkahwin' dengan keluarga pasangan masing-masing.
💌 Belajar faham cara mereka. Bahasa, panggilan, makanan, gaya pergaulan. Jadi pemerhati dan pendengar yang baik.
💌 Komunikasi santai, memuji dan meraikan mereka. Bertoleransi dalam menyuarakan pendapat.
💌 Luangkan masa di dapur bersama (walau tidak memasak, ringankan tangan bantu apa yang perlu)
💌 Adakala kita perlu jadi sesumpah, menukar 'sedikit' gaya supaya terbina rasa kebersamaan dan keserasian.
Psst.. Bukan dengan bisnes partner saja kita apply teknik 'mirroring / matching' ya.
0 comments:
Post a Comment