NOSTALGIA
26.7.15 = Syawal ke-10 = Tarikh Lahir AbgHj
Seharian KakSeri bawa AbgHj jalan-jalan (baca: beraya) sempena meraikan harijadinya.😁😁😁
Awal pagi ke Batang Kali berjumpa adik ibu saudara. Sudah lama tak berjumpa. Berbelas tahun juga. Baru kehilangan suami, berusia 39 tahun, anak 6, kecil dan bersekolah. Tiada pekerjaan dan tidak pandai memandu. Namun Alhamdulillah, Allah berikannya jiran tetangga yang baik.
Pesanan untuk adik-adik KakSeri, khususnya para suri rumahtangga sepenuh masa, persiapkan diri untuk hadapi sebarang kemungkinan ya.
Kemudian ke Ampang. Pelopor jalan-jalan baru yang belum pernah kami lalu.
Bawa (baca : co pilot) AbgHj imbau kenangan nostalgianya ke Bukit Belacan. Huhuhu... Kebetulan rumah rakan kami dekat sangat dengan Hutan Lipur ni. KakSeri pun, ini kali pertama ke sana.
Bawa (baca : co pilot) AbgHj imbau kenangan nostalgianya ke Bukit Belacan. Huhuhu... Kebetulan rumah rakan kami dekat sangat dengan Hutan Lipur ni. KakSeri pun, ini kali pertama ke sana.
Suasana aman tenteram. Ramai yang berkelah. Banyak spot menarik sepanjang jalan bertar. Air cetek. Bagus juga untuk santai-santai main air. Khusus untuk anak-anak kecil.
Selesai beraya di Ampang, kami terus ke Putrajaya. Rakan TIJB yang sangat rapat sejak berunion sampai kini. Ada Laksa Johor yang ohsem uu...
Malam hari, ingat KakSeri mahu belanja AbgHj makan-makan di luar. Tapi AbgHj request KARI IKAN MASAKAN BINI di harijadinya. 😁 Sweetkan! Tipikal Penang mari sungguh kekasih KakSeri ni. Apalagi, KakSeri capai periuk belanga, kuali, sudip yang berkilat dan bersilat.
So dinner untuk birthday boy ialah Kari Ikan Masakan Bini yang ohsem (20 tahun praktis 😊), Ikan selar goreng kunyit garing, Kangkung goreng lada, Sambal Belacan & Nasi putih panas-panas. Air suam yang baik utk kesihatan.
💌Surat Cinta dari KakSeri ringkas sahaja.
"Selamat Ulangtahun buat AbgHj yang baik". Selebihnya, ianya dalam doa KakSeri.
Kata Puteri Purut, "Ayah is the best father ever". Amboi!!
0 comments:
Post a Comment