Home » » DIARI RAYA SERI 29/30 Protes Si Purut

DIARI RAYA SERI 29/30 Protes Si Purut


Untuk Hari Raya tahun ini, KakSeri designkan 2 helai Jubah comel untuk Puteri Purut. Sedondon dengan bonda dan kekandanya. Persalinan tambahan kepada beberapa helai blause dan seluar seperti lazim kanak2 sebayanya.

Sejak awal raya, asyik lah diulang pakai jubah yang sama setiap kali keluar beraya. Selesa dan bergaya katanya. Amboi!

Jadi, hari ni KakSeri pilihkan blouse dan seluar yang belum pernah dipakai sejak beli.

Puteri Purut protes melalui white boardnya. Setiap kali KakSeri bertanya, dia menulis.

Alahai anakanda....

Inilah dia cabaran menjadi bonda sopan anggun bergaya dengan JubahEksklusif SeriAishah. 😃😃
Kerana anakanda mahu turut sama.

Hari Raya Haji nanti dan Hari Raya akan datang, adakah KakSeri perlu perbanyakkan koleksi Jubah 'kids' untuk Purut dan anak gadis cilik sebayanya?

KakSeri pula tak pasti adakah ini salah satu cara mendidik anakanda berpakaian santun dari kecil. Huhu.

#keletah #puteripurut #anakanda #KakSeri #SeriAishah #senyum #JubahEksklusifSeriAishah

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.