Home » » DIARI RAYA SERI 30/30 : Tabung

DIARI RAYA SERI 30/30 : Tabung

Berakhir sudah Syawal indah lagi meriah. Penuh dengan pelbagai aktiviti berukhwah dan makan makan. Alhamdulillah, luas rezeki Allah beri.

Kini tiba masa KakSeri kira duit raya. Eh! Ha ha..

Puteri Purut hari-hari kira duit raya. Simpan duit raya dalam purse Ana Solehah (hadiah tim Ana Muslim ketika Pesta Buku) dan simpan dalam handbag jellynya.

Abang dan kakak dah lama serahkan duit raya mereka untuk ke akaun masing-masing. Walau dah 19 dan 17 umur masing-masing.

Puteri Purut punyai pandangan tersendiri. Mahu simpan sendiri, nak campur nanti dengan duit raya tahun depan.

Amboi... very loooking forward tahun depan punya collection! Ha ha.. sudah pasti dalam hatinya, jumlah dapatan akan berganda. 😃

Bonda kata, boleh saja. Cuma perlu disiplinkan diri. Tak boleh berbelanja sesuka hati dan simpan ditempat selamat.

Sungguh, tiada terlontar lagi bunyi mahu beli itu atau ini dengan duit rayanya.

Cerita ayahanda, pernah suatu ketika ayah sedang tawar menawar harga satu pekakas di kedai, puteri lantas membisik, "kalau tahu kita bawak sikit duit raya kita".

Apakah?

Biasa ikut kami berbelanja di Econsave atau Giant, tak pernah lihat urusan menawar harga. Mungkin persepsi Purut ketika itu, ayah tak ada duit. Kasihan dan mahu bantu ayah.

Dalam keluarga, kami melatih anakanda untuk menyimpan dan berbelanja ikut matlamat yang lebih besar.

Kehendak yang terkeluar dari keperluan biasa, akan ditolak dari wang simpanan dengan persetujuan. Baki simpanan dalam akaun ditunjukkan kepada mereka.

Pernah dulu, abang sangat excited 'main telefon', call kawan-kawan tak ikut masa. Bil telefon mencecah RM400. Kami keluarkan simpanannya untuk bayar bil dan tunjuk kepadanya.
Bandingkan akaunnya dengan akaun adik-adik. 😢

Kami pesan, kalau mahu ikut lawatan sekolah ke tempat jauh, kami akan benarkan. Asal duit simpanan cukup untuk menampung kos tersebut. Hasilnya, kakak dapat ikut lawatan sekolah ke Korea. Abang pula mahu ikut lawatan ke Acheh.

Sedikit sebanyak tip motivasi anak buat tabungan. KakSeri belum latih dan dedahkan mereka dengan konsep 6-TABUNG.

In sha Allah. Perlahan-lahan.

#diari #KakSeri #SeriAishah #uruswang #disiplin

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.