Home » » AURA ORANG ALIM

AURA ORANG ALIM

Adha ke-3. 26 September 2015

Kisah ketika hadir menyertai gotong royong Ibadah Korban di Taman Nong Chik Johor Bahru pagi tadi.

Sedang asyik melihat suasana di tapak sembelihan, terpandang kelibat Dato' Noh Gadut yang bersama-sama bertungkus lumus membantu pasukan.

Tiba-tiba berkata dalam hati, indahnya sekiranya dapat berbual walau sepatah dua dan bergambar bersama Mantan Mufti Negeri Johor dan Penasihat MAIJ untuk diari peribadi.

Luahan hati si 'Peacock'. 😊

Entah bagaimana, tak semena-mena, timbul peluang yang tak disangka-sangka. Alhamdulilah dapat juga  mengabdikan foto ini setelah KakSeri meminta izin.

Dengan Izin Allah juga.

Setiap kata hati itu DOA rupanya. Pelajaran baru lagi bagi KakSeri di Aidil adha ke-3 ini.

Terdengar beberapa kali word of wisdom beliau, "BERSANGKA BAIK".

*****

KakSeri dan AbgHj ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Dato'Othman Daudd (gambar) dan isteri DatinHayati Ramlann yang berusaha menjayakan Ibadah Korban keluarga kami pagi ini.

Semoga Allah sentiasa melimpah ruahkan rezeki kesihatan, rezeki kebahagian dan rezeki kekayaan buat Dato' dan Datin sekeluarga.

noraishahramlan.blogspot.com

#KakSeri #SeriAishah #senyum #diari #diariKakSeri #Korban2015
#SeriAishahApparel #GuruBMC

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.