Home » » PURUT DAN MBTI

PURUT DAN MBTI


Cerita 16 September yang lalu. Dah lama KakSeri nak kongsikan cerita ini, hari ini baru terlaksana.

2 minggu lalu, KakSeri diberi peluang oleh Dato' Roslan Ab Hamid di Seminar Social Media Marketing, untuk membawa topik Kenali Personaliti Diri.

Hari tu, KakSeri bawa AbgHj dan P.Purut bersama, cuti umum, Hari Malaysia.

KakSeri nak kongsikan cerita penglibatan Puteri Purut, bagaimana bersungguhnya dia memahami apa yang KakSeri sampaikan di pentas (kepada peserta dewasa).

Ketika aktiviti memanas badan di pembukaan majlis, Puteri Purut sudah menunjukkan keseronokannya apabila dia turut bersama-sama membuat aktiviti yang dibimbing Coach.

Kemudian tatkala Dato' Roslan memberikan kata-kata aluan dan pembukaan program, asyik sungguh P.Purut menekuni dan mencatit nota.

KakSeri sendiri terpegun. 7 tahun je kot! (Gambar).

Biarkan saja dia menikmati hari nya.

Apabila KakSeri mula naik ke pentas, KakSeri lihat dia ceria sambil memberi sokongan penuh, duduk di bahagian tepi dewan.

Haha... siap angkat tangan apabila KakSeri ajukan soalan kepada peserta.

Pada sessi itu, KakSeri berkongsi salah satu Personality Test  yang sering digunapakai oleh kebanyakan sektor korporat iaitu Myers-Briggs Type Indicator.

Secara amnya, MBTI membantu syarikat atau pemilik syarikat/bisnes mengenalpasti kewibawaan staff sediada atau staff yang perlu mereka cari, berdasarkan psychological type.

Melalui  psychological type ini, mereka akan tahu bagaimana untuk menyusun dan meletakkan staff diposisi yang betul. Seterusnya menaikkan produktiviti kerja.

KakSeri berikan gambaran dan beberapa soalan, cara mengenali 4 dimensi yang digunakan, untuk para peserta kenali jenis psikologi masing-masing.

Di kala sessi KakSeri berakhir, turun pentas dan ambil tempat duduk, Puteri Purut terus menyapa.

P. Purut : Ibu, kita rasa kita ESFP

Ibu : Owh ya ker? Aira buat jugak ker tadi?

P. Purut : Aah.
(Sambil menjelaskan setiap satu dimensi MBTI dan keputusannya).

P.Purut : Nanti kita nak tanya kawan-kawan kita pulak.

Huhu. KakSeri dan AbgHj saling berpandangan.

noraishahramlan.blogspot.com

#keletah #puteripurut #anakanda #KakSeri #SeriAishah #CorporateTraining



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.