Home » , » Diari Haji KakSeri

Diari Haji KakSeri

PETA MINDA

KakSeri mahu kongsikan tips dan cerita kenangan, pengalaman di bawah label DIARI HAJI KAKSERI di Seri Aishah BLOG.

Cerita tentang pengembaraan KakSeri yang banyak mengubah tabiat kehidupan harian, akhlak, tindakan dan pemikiran. In sha Allah kepada yang lebih baik.

Entry pertama sudah di'terbitkan'.  (Fuyyoo..  dahsat bunyik nyer. Ha ha )

http://ceritakakseri.blogspot.my/2015/09/diari-haji-kakseri-1.html

Ini cara olskool yang KakSeri suka gunakan. Membuat peta minda.

KakSeri bercita-cita mahu menyampaikan cerita ini dalam bentuk bersiri. Mahu jalan cerita nya ada kesinambungan dan dapat ditulis dengan berkesan dan terkesan dihati pembaca.

Level pertama, KakSeri tuliskan dahulu isi-isi besar. Sudah ada 25 isi besar yang sempat difikirkan setakat ini.

Kemudian KakSeri akan perhalusi isi besar ini kepada sub-topic dan buat olahan.

Untuk lebih menarik dalam gaya penceritaan, KakSeri mahu gunakan sepenuhnya ilmu dapatan yang KakSeri belajar dari "The Power of Storytelling" bimbingan Dato'Roslan Ab Hamid.

Huhu... risau juga. Takut tak lulus pulak bila Yg Berbahagia Dato' baca. 

Apa yang KakSeri doakan tika ini, diberi oleh Allah ilham yang banyak, tulus mulus dan baik-baik.
Moga jadi bimbingan mereka yang sudi juga anak cucu cicit tuit KakSeri  nanti.

#KakSerimenulis #KakSeri #SeriAishah

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.