Keletihan pergerakan hujung minggu belum betul kebah. Huhu.. mungkin atas faktor usia... (adoiii)
Jadinya, malam ni KakSeri lakukan aktiviti santai aje. Belum mahu membaca. Belum mahu menulis.
So sessi terbaik ialah menonton. Menonton wayang sendiri. Ha ha..
Lihat semula video rakaman bagi sessi presentation yang KakSeri jalankan sejak kebelakangan ini. Lihat kekuatan. Catat ruang-ruang untuk penambahbaikan.
Huhu... bukan mudah nak tengok 'keletah' diri sendiri. Malu ada takut ada seram pun ada. 😯
Secara peribadi, KakSeri nampak sudah ada perubahan yang baik berbanding sessi-sessi sebelum ini.
+ mengurangkan filler word
+ yakin diri
+ wajah mesra (he he)
+ lontaran sebiji sebiji
Alhamdulillah, improvement ini hasil latihan dari ilmu-ilmu yang KakSeri dapati dari sessi Public Speaking Mastery kelolaan Dato' @roslanabhamid.
Memang betullah, 'practice makes perfect'. Walaupun masih banyak lagi ruang untuk KakSeri perbaiki, namun KakSeri bangga dengan pencapaian diri sendiri iaitu 'menerobos ketakutan diri'.
Belajar, belajar , berlatih, berlatih usah berhenti.
KakSeri gembira dan syukur. ALHAMDULILLAH.
noraishahramlan.blogspot.com
#KakSeri #SeriAishah #senyum #PublicSpeakingMastery #Publicspeaker #trainer #pearlstraining
0 comments:
Post a Comment