PEMBELAJARAN
Entry kali ini akan berbunyi serius (wah!), kerana KakSeri mahu pembaca tahu apa maksud pembelajaran yang kita bincangkan dalam topik 10-20-70 ini dan bagaimana syarikat korporat melaksanakan konsep pembelajaran ini.
So, buckle-up and focus. (haha)
Dalam konteks yang dibincangkan, pembelajaran adalah satu proses di dalam program pembangunan diri/organisasi yang sangat diperlukan oleh setiap badan pentadbiran dan juga syarikat perniagaan.
Keperluan latihan pembangunan ini dipecahkan kepada 2 kategori iaitu latihan kemahiran teknikal (technical competency) dan latihan kemahiran tingkahlaku (behavourial competency).
Technical Competency ialah satu ilmu yang membentuk 'hard skill' anggota. Hard skill iaitu satu pengetahuan praktikal yang diperlukan oleh anggota untuk melaksanakan bidang tugas yang diamanahkan. Ianya skill yang boleh ditentukan dan diukur pencapaiannya.
Sebagai contoh, seorang jurutera di berikan latihan untuk menyelenggarakan peralatan baru dan bertanggungjawab menjalankan proses baikpulih andai terjadi kerosakan pada peralatan tersebut.
Contoh ke-2, seorang pegawai pemasaran di hantar menghadiri latihan mempelajari teknik terkini pemasaran berkesan dan bertanggungjawab melaksanakan teknik tersebut di dalam syarikat.
Manakala Behavourial Competency satu ilmu meningkatkan keupayaan 'soft skill'. Ia merujuk kepada pembangunan sahsiah diri yang membolehkan sesorang individu berinteraksi secara berkesan dan membina keharmonian sesama anggota di tempat kerja mahupun kepada pelanggan. Soft skill berkait rapat dengan 'Emotional Intelligence' (EQ) individu.
Antara contoh latihan soft skill adalah seperti mempelajari ilmu komunikasi, tabiat peribadi (personal habits), jenis personaliti, kepimpinan, perundingan, pengurusan masa, motivasi, team work dan ilmu membuat keputusan.
Kenapa program pembangunan ini sangat perlu?
Apabila pendekatan pembangunan diri/organisasi di lakukan secara tersusun, ia memberi kesan secara langsung kepada produktiviti anggota. Kemahiran dan kecekapan kerja anggota dapat ditingkatkan. Termasuk komitmen anggota tersebut. Ini secara langsung akan memperkemaskan pentadbiran dan mempengaruhi pendapatan syarikat.
Selain di atas, program pembangunan ini perlu diutamakan bagi menangani situasi berikut :
+ persaingan yang semakin tinggi
+ meningkatkan sinergi antara anggota
+ perubahan teknologi yang begitu cepat
+ bersedia menghadapi kemungkinan masa depan (survival)
+ membina budaya 'organisasi belajar'
+ persaingan yang semakin tinggi
+ meningkatkan sinergi antara anggota
+ perubahan teknologi yang begitu cepat
+ bersedia menghadapi kemungkinan masa depan (survival)
+ membina budaya 'organisasi belajar'
Bagaimana syarikat korporat menjalankan program pembangunan diri/organisasi mereka?
Pemilihan latihan pembangunan diri dikalangan anggota, pada asasnya di lakukan berdasarkan ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN atau biasa kita dengar sebagai “TRAINING NEED ANALYSIS (TNA)”.
Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Pembangunan Diri/Organisasi syarikat, bertanggungjawab menyediakan garispanduan keperluan latihan kepada anggota mereka. Keperluan yang merangkumi pemantapan 'hard skill' dan 'soft skill'.
Setiap anggota, mengikut bidang tugas dan gred jawatan akan melalui program pembangunan yang menjurus kepada laluan kerjaya (career path) yang khusus. Mereka menjadikan program ini sebagai salah satu dari parameter Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan kepada setiap anggota setiap tahun.
Justeru, pada setiap awal tahun, setiap anggota harus memilih tajuk-tajuk latihan yang diperlukan berdasarkan jumlah minima jam latihan yang perlu mereka hadiri.
#SBL #CorporateTraining #SirahBaseLeadership
#KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel #GuruBMC
#KakSeri #SeriAishah #SeriAishahApparel #GuruBMC
0 comments:
Post a Comment