Home » » TENTANG DIABETES SIRI 1 - Asbab & Kebarangkalian

TENTANG DIABETES SIRI 1 - Asbab & Kebarangkalian

Bermula hari ini, selama 5 minggu, setiap hari rabu, kami akan ikuti satu program khas tentang Diabetes, Penjagaan dan Gaya Hidup Sihat.

Kenapa kami hadirinya, tak perlulah dimaklumkan. Cuma, semoga tulisan dan perkongsian ini memberi manafaat untuk semua pembaca. Khususnya mereka yang mengalaminya.

Cuba sedaya upaya kongsi ikut pemahaman orang awam yang tiada latar belakang perubatan.

Pertama sekali, mahu ekspreskan perasaan seronok berada di program ini kerana Puan Dr Siriyanti yang sangat 'cool'. Penjelasan yang ringkas dan mudah.

Sessi pertama hari ini adalah tentang apa itu diabetes.

Ia berlaku apabila kandungan glukosa dalam darah yang tinggi kerana tidak dapat dialihkan kepada sel/organ yang sepatut menerimanya.

Bila sebut tentang diabetes, selalu teringat tentang perkataan insulin. Apa pula insulin itu?

Insulin adalah hormon yang bertindak sebagai agen atau kenderaan yang bertanggungjawab untuk pengalihan atau penyerapan glukosa dari pembuluh darah.

Kerana itu, INSULIN adalah faktor utama dikaitkan dengan diabetes.

Glukosa (gula) adalah satu elemen penting yang diperlukan oleh tubuh khususnya otak, otot dan hati. Ia terjadi dari pemprosesan karbohidrat dari pemakanan.

Bagaimana diabetes berlaku? Secara ringkasnya ada 2 penyebab :

1. Pankreas yang tidak lagi produktif mengeluarkan hormon insulin.

2. Halangan yang tinggi dipermukaan sel untuk menerima hormon insulin.

Kesan kepada ukuran gula dalam darah  yang tinggi akan menyebabkan pembuluh darah memberi ruang mudah untuk lemak melekat dipermukaannya. Ini akan menjurus kepada masalah kolestrol tinggi dan tekanan darah tinggi (3 serangkai).

Manakala saraf (salur darah yang kecil) akan rosak yang akan menyebabkan kekebasan pada kaki dan jari.

Begitu juga dengan saraf halus di bahagian mata yang akan memecah mengakibatkan pesakit menjadi buta.

Simptom pesakit diabetes dapat dipantau apabila individu kerap membuang air kecil pada waktu malam.

Punca individu berkeberangkalian mengalami diabetes adalah melalui :
1. Genetik
2. Gaya hidup
3. Tahap kesihatan

Pemantauan ke atas kebarangkalian mendapat diabetes amat penting kerana pesakitnya TIDAK SAKIT. Ia pembunuh senyap.

Bilakah kali terakhir kita memeriksa ukuran gula dalam darah kita?

#diabetes

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.