Home » » TENTANG DIABETES SIRI 2 - Sumber Karbohidrat

TENTANG DIABETES SIRI 2 - Sumber Karbohidrat

Kelas kedua tentang diabetes semakin menyeronokkan. Kami belajar tentang mengenalpasti jumlah karbohidrat yang diperlukan oleh setiap individu.

Kenapa keperluan karbohidrat kritikal untuk pesakit diabetes?

Jawapan : Dari karbohidrat lah, glukos (gula)  dirembeskan.

Pengawalan karbohidrat dapat mengatasi masalah 'kebanjiran' glukos dalam darah. Cukup-cukup membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan.

Dalam masa yang sama, formula ini juga boleh digunakan untuk mengawal berat badan dengan cara natural. Tempoh penurunan dijangka di antara 3 hingga 6 bulan.

Dari mana sumber karbohidrat boleh didapati? Berikut adalah contoh nya.

+ nasi /pasta /mee
+ roti / segala produk tepung
+ segala jenis ubi dan kekacang
+ oat
+ gula / kaya / susu / madu
+ buah-buahan

Baru faham sekarang, rupanya Diet Atkins adalah antara cara amalan diet yang menggunakan teknik meminimakan (hampir kosong) pengambilan karbohidrat. Sebab tu tak boleh langsung ambil kesemua produk dari senarai di atas semasa tempoh induksi 14 hari pertama.

Ok. Cara nak mengira keperluan karbohidrat kita adalah berdasarkan 3 langkah berikut

1. Dapatkan berat ideal mengikut kiraan BMI
2. Kirakan keperluan kalori yang sesuai mengikut berat ideal
3. Pecahkan keperluan karbohirat, protein dan lemak dari bacaan kalori.

Formula kiraan selanjutnya akan diupdate di Siri 3.

Berapa banyak karbohidrat yang kita ambil setiap hari? Adakah kurang atau lebih dari keperluan?

Keduanya ada impak secara terus kepada keperluan tenaga yang diperlukan tubuh kita setiap hari.

Tentang Diabetes  (Siri 1) di link ini.
http://noraishahramlan.blogspot.my/2016/03/tentang-diabetes-siri-1.html

#diabetes

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.