Dari siri terdahulu, kita sudah kira keperluan kalori Individu, yang berbeza mengikut BMI dan BMR dan sukatan Karbohidrat yang diperlukan.
Melalui pelajaran di dalam Kelas Diabetes yang dihadiri, rupanya kalori itu dihasilkan melalui 3 komponen penting dalam makanan.
Apakah 3 komponen itu?
+ Karbohidrat
+ Protein
+ Lemak
+ Karbohidrat
+ Protein
+ Lemak
Karbohidarat membekalkan 45% dari total kalori. Hampir separuh. Bermakna, karbohidrat adalah sumber utama yang membekalkan tenaga kepada badan kita.
Karbohidrat ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Karbohidrat Kompleks dan Karbohidrat Ringkas.
Karbohidarat Kompleks dibekalkan melalui makanan berat seperti nasi, mee, roti, ubi, buah-buahan dan oat. Ia kaya dengan vitamin, minerals dan serat.
Manakala Karbohidrat Ringkas datang dari manisan seperti susu, gula-gula dan kek.
Baik. Ini sedikit sebanyak tentang karbohidrat.
Kenapa perlu tahu dari mana sumber karbohidrat?
Pengambilan karbohidrat adalah KRITIKAL bagi pesakit diabetes. Berbanding pengambilan protein atau lemak.
Karbohidrat akan diproses dan merembeskan gula (glukosa) yang memberi kesan secara terus kepada pesakit.
Maka, pengambilan karbohirat perlu dikira. Perlu dikawal. Supaya tidak diambil berlebihan yang akan menaikkan bacaan pada GLUCOMETER.
0 comments:
Post a Comment