Bagaimana mengira jumlah Karbohirat yang kita perlu?. 😊
Pastikan :
1. Sudah tahu berat ideal
2. Sudah tahu jumlah Kalori
1. Sudah tahu berat ideal
2. Sudah tahu jumlah Kalori
Rujuk Siri 3 untuk pengiraan Jumlah Kalori individu. Klik link ini.
http://noraishahramlan.blogspot.my/…/tentang-diabetes-siri-…
http://noraishahramlan.blogspot.my/…/tentang-diabetes-siri-…
Cara pengiraaan karbohidrat pula seperti berikut:
1. Karbohidrat membekalkan 45% dari jumlah kalori. Formula ini digunakan untuk dapatkan pecahan karbohidrat dari Nilai Kalori (kcal), Z = Nilai Kalori X 0.45.
2. Tukarkan Z (kcal) kepada unit 1g Karbohidrat, Y = Z /4. Asasnya, 4 kcal bersamaan 1g Karbohidrat.
Melalui kiraan ke 2 ini, kita sudah tahu keperluan karbohidrat dalam bentuk "gram karbohidrat". Ini akan lebih memudahkan kita mengagak dan mengawal pengambilan karbohidrat di atas pinggan menggunakan ukuran "sukatan". 😊
3. 15g Karbohidrat pula bersamaa 1 sukatan/serving Karbohidrat. Tukarkan Y, jumlah keseluruhan karbohidrat kepada sukatan yang lebih kecil, W = Y / 15.
Berapakah W?
Melalui W lah kita akan pantau pemakan dan pengambilan karbohidrat harian.
Mahu contoh?
Katalah Nilai Kalori CikPuan Seri Aishah ialah 1428 kcal.
1. 1428 kcal x 0.45 (pecahan karbohidrat)= 643 kcal
2. 643 kcal ÷ 4 = 161 g karbohidrat
3. 161 g ÷ 15 = 11 sukatan.
Ini bermakna Puan Seri Aishah perlu mengambil maksimum 11 sukatan karbohidrat setiap hari. Tidak lebih.
Berapakah sukatan karbohidrat di dalam hidangan bubur nasi di bawah?
(bersambung..)
Mahu kongsikan jumlah sukatan karbohidrat tuan puan?
Tuliskan diruangan komen.
😊
😊
0 comments:
Post a Comment