DIARI RAYA SERI 28/30 : Dillema puasa Syawal

Ini cerita dillema berpuasa....................

Nampak gambar lempeng pon teringin sangat-sangat.

Apatah lagi kalau gambar makanan dalam fb yang menggiurkan (eh!). Semua pun nak.


Hari Isnin.
========
Member 1 pergi jamuan raya persatuan A.

KakSeri kipochi, "makan apa tadi?"
Member 1, "Nasi Arab..bla....bla..".

KakSeri angkat telefon, "AbangHj, malam ni kita makan nasi arab ek".
AbgHj, "OK".

Sampai rumah dah maghrib. Selalu berbuka dalam kereta aje. Masuk rumah, bibik dah masak lauk basic. Sup sayur, ikan goreng, telur dada, sambal belacan.

Bolehlah, dah lapar. Makan apa yang ada. Kenyang. Nafsu makan fulfilled.
Tak jadi makan Nasi Arab


Hari Selasa
=========
Member 2 pergi jamuan raya department B.

KakSeri kipochi lagi, "makan apa tadi?"
Member 2, "bla..bla..Sherperd Pie.....bla..bla..".

KakSeri angkat telefon, "AbangHj, malam ni kita pegi Secret Recipe ek".
AbgHj, "OK".

Sampai rumah dah maghrib. Selalu berbuka dalam kereta aje. Masuk rumah, macam biasa lauk simple dah sedia.
Tak jadi ke Secret Recipe.


Berulang-ulang episod kipochi dan angkat telefon sampai hari ni. 
=================================================

Tapi dah tau dah, sampai rumah, bersederhana dengan apa yang ada aja.

Layankan aje usikan nafsu menggoda.

Ini cerita dillema berpuasa Syawal di syarikat besar yang meriah. Hari-hari jamuan raya tu... Department sana, persatuan sini.. 

Memang meriah. Alhamdulillah.

☺ ☺ ☺ ☺

#celoteh #diari #keletah #KakSeri #SeriAishah


DIARI RAYA SERI 27/30 : Adab bertandang

KakSeri's beloved friend datang beraya dari jauh bawa berkat. Yippie!

Thank you for coming Puan Roseleena.

Hari-hari biasa sibuk bekerja. Hujung minggu Syawal pulak dah padat dengan aktiviti samada raikan rumah terbuka kawan-kawan dan menuntut ilmu.

Belum sempat nak berjumpa semua. So, rasanya lepas Syawal pon KakSeri  masih nak curi masa berkunjung mesra. Rumah saudara mara mesti KakSeri jengah juga. Tak cukup raya sebulan hu hu. 😧

Boleh tak extend lagi sebulan?

Ustaz kata, kelebihan berpuasa sunat Syawal 6 hari selepas Ramadhan umpama berpuasa setahun. Jadi raya pon setahun jugaklah kot. Ha ha.

Ada sesuatu yang menarik KakSeri nak kongsi tentang adab berkunjung ke rumah kawan-kawan/jiran khususnya dengan kehidupan di kota metropolitan yang kalut.

Tindakan semulajadi, mungkin juga dari pengalaman masing-masing.

+ Sebelum nak datang, Puan Anne minta izin KakSeri. KakSeri happy nak terima tetamu malam tadi dan excited balas whatsapp.

+ Sebaik keluar rumah, Puan Anne maklumkan melalui whatsapp. Ini mudahkan KakSeri bajet masa untuk siapkan diri dan ruang tamu.

+ Puan Anne sampai dalam masa yang dijangka. KakSeri sambut mesra, dah lama tak jumpa

+ Kami bualkan perkara yang gembira, kongsi pengalaman dan menginspirasi antara satu sama lain

+ Selesai niat berjumpa, Puan Anne mohon diri. KakSeri hantar mereka sehingga kereta mereka hilang dari pandangan.

Belajar sesuatu?

Semalam, hari khamis hari kuning/oren. Selain berpersalinan oren, KakSeri gigih hidangkan juadah berwarna oren jugak. Ahakss. Kritikal warna sungguh. 😊

Hari Raya hari gembira perkukuh silaturrahim. Alhamdulillah.

#celoteh #keletah #diariraya2015 #KakSeri #SeriAishah #senyum

DIARI RAYA SERI 26/30 : Kreatif Muda

Satu ketika dulu, keterujaan KakSeri semasa hadiri jemputan ke Majlis Perkahwinan ialah nak lihat kecantikan, solekan, persalinan dan kreaiviti singgahsana pelamin angan mempelai.

Bersungguh-sungguh tunggu masa nak bersalam dengan pengantin, berselindung disebalik kononnya anakanda comel KakSeri yang teringin. Ha ha.

Tapi kini, keinginan itu berubah kepada sesuatu yang lebih comel. Apa yang akan dibawa pulang.

Gambar - 2 bekas comel ini KakSeri suka nak kongsi dengan semua.

Bersungguh-sungguh Kakseri simpan di dalam tas tangan setiap hari, bawa ke sana ke mari sehingga hari ini.

#1. Botol kecil bertutup gabus. Unik.
Di dalamnya diisi kacang pis hijau dan kacang kuning.  Memang cantik.

KakSeri tahan (nafsu) tak makan sebab nak ambil gambar sempurna untuk dinikmati (mata) bersama.

Malangnya, bertebaran kacang-kacang dalam handbag KakSeri, sabar aja. 😢

#2. Bekas kecil 'earth colour'
Ringkas tetapi menarik pandangan mata. Di dalamnya telur ayam sebutir dan sedikit kertas yang gunting halus. Tradisional moden.

#3. Tiada dalam gambar. Bunga telur diikat bersama telur berwarna putih. 

Asyik juga KakSeri perhati, macamana telur boleh jadi warna putih. Dah dibelah, telur masin rupa-rupanya. Kreatif tu....

Agaknya, bagaimana majlis untuk anakanda KakSeri nanti?

Eeeee...... seramlah pulak. Bukan mimpi, dah 2-3 kawan-kawan sebaya KakSeri dah pun menyambut menantu.

KakSeri rasa KakSeri remaja lagi. 😉

Pesan KakSeri : Tua itu pasti. Nikmati masa muda untuk capai apa yang dihajati.

#moodraya #diariraya2015
#KakSeri #SeriAishah #JubahEksklusif #Lexee #GuruBMC

DIARI RAYA SERI 25/30 : Tips gayakan Jubah Plain

Hari ini KakSeri menggayakan koleksi Sara by JubahEksklusif SeriAishah.

Menggunakan fabrik jenis Moussecrepe plain yang tebal tetapi sangat sedap dipakai. Yang penting tak payah gosok. Ahakss.

Tips #1 : Sangkut (guna hanger) selepas basuhan, bila kering terus sangkut dalam gerobok baju a.k.a almari baju.

KakSeri suka designnya yang flare dibahagian bawah, terasa macam princess eh silap, queen!

Bila menggayakan jubah/dress PLAIN, perlu berhati-hati kerana kebarangkalian fabrik akan mengikut bentuk lengkuk/susuk badan dan menampakkan garisan panty sangat tinggi. Terutama apabila kita dalam keadaan posisi membongkok (sambil pilih biskut raya).

Tak kiralah apa fabrik yang digunakan samada lycra, moussecrepe, satin, chiffon, cotton dan seterusnya.

Tips #2 :Pakai kain di bahagian dalam yang agak tebal seperti palazo, skirt atau kain dalam dari jenis cotton. 

Fabrik cotton juga tidak mempunyai kesan 'statik'/melekat khususnya bila berada di tempat sejuk.

Elakkan menggunakan kain dalam dari jenis satin yang lembut dan licin. Ini akan memburukkan lagi keadaan sebab ia akan melekat pada tubuh.

Tips #3 : Gayakan dengan tudung yang bercorak atau pelbagai warna. Ini akan menaikkan seri pakaian. Menyerlahkan keanggunaan pemakai.

Tips #4 : Labuhkan hijab sehingga ke bawah paras pinggang. Menutupi bahagian belakang sehingga ke paras punggung. Nampak sangat sweet!

Hari ni, ada jamuan raya (lagi) di pejabat. Temanya biru. So, KakSeri gayakan koleksi SARA berwarna biru 'azure' dan shawl pashmina multicolor.

Hari ni pula hari selasa, hari merah jambu/ungu. Warna kasih sayang 💖.

Jadi KakSeri serlahkan warna pink melalui inner neck by Anizon. Owh, inner neck ni sangat sangat selesa. Fabrik cotton yang membujurkan muka KakSeri yang sebulat (dan seseri) bulan purnama.

Berminat nak tahu lebih tentang inner neck by Anizon ni, boleh roger kawan KakSeri, Srikandi Syaroslili Safie.

Ok. Panjang benar celoteh diari raya kali ni.
Jangan jemu membaca ya. Nanti KakSeri tulis lagi. 😉😉

Pesan KakSeri : Pakaian mencerminkan peribadi.

Lihat koleksi Puteri SARA disini
http://seriaishah.com/shoppe/koleksi-puteri-sara-by-seriaishah

#moodraya #diariraya2015 #tips #tipswarna  #KakSeri #SeriAishah #JubahEksklusif #JubahEksklusifSeriAishah








DIARI RAYA SERI 24/30 : Ukhwah Raya


Malam tadi Puteri Purut tanya, "Ibu, Diari Raya Seri tu dah habis ker?".
O'ooo.... masih berbaki lagi. KakSeri bukan leka tetapi belum terfikir idea sesuai untuk teruskan diari raya.
Terima kasih Puteri Purut yang prihatin. 

Ahad, KakSeri pergi beraya dari pagi sampai ke tengah malam. Beraya sakan. Dari Shah Alam ke Cheras dan dan berakhir makan Sup Urat Keting di Bangi.

Mulanya ke Majlis Perkahwinan anakanda Chef Zamri pemilik Restoran Big Plate. Ramai chef celebriti yang hadir sama. Kebetulan pulak KakSeri semeja dengan famili Papa Joe. Hormon excited Kakseri naik ke telinga. Haha.

Dulu selalu jugak KakSeri tengok siri Masterchef Malaysia. Masa CheTa ada. Tu yang tau siapa Papa Joe. Jadi, dapatlah idea buka bicara. Sekarang KakSeri dok ralit dengan My Kichen Rules. Mana tahu, satu hari nanti boleh semeja pulak dengan host Pete Evans ker Manu Feildel ker.. . Tapi tak mau lah semeja dengan Colin Fassnidge tu sebab takut konfius dia cakap apa. Good Luck dah jadi Good Look. Nanti KakSeri terlebih perasan .

Ok. Sambung.

Yang seronoknya, dalam majlis ni ada konsep tahan dan bayar TOL. (Gambar atas). Cuma aplikasi konsepnya sedikit berbeza.

Tika zaman KakSeri dulu, pengantin perempuan hanya menunggu di pelamin ajer. Jadi, sepanjang jalan pengantin lelaki nak jumpa pengantin perempuan yang cantik anggun manis tu (a.k.a KakSeri), kenalah lalu beberapa 'stesen tol'.  Banyak pulak tu. Yang paling susah nak lalu, bila tiba depan pelamin. Bukan setakat bayaran tol untuk mak andam aje,  jual beli pantun sekali. Oh!Nostalgia..

Sambung beraya lagi. 

Ke rumah terbuka kawan sekolah TIJB, Pn Azminah Sarlan. Setiap kali dijemput Kakseri akan hadir. Sebab selalu ada tapai pulut yang sedap. Oh! My favourite.

Berjodoh juga dengan kawan sekelas kami yang belum pernah jumpa dari 1987. Dah 28 tahun. Pn Suzana Kadar. Pada halnya, rumah masing-masing tak lah jauh mana.


Semasa beraya nilah, ukhwah antara kita terjalin mesra. Walaupun boss KakSeri kata dalam ucapan rayanya minggu lepas, "Hari Raya sebenarnya 1 hari ajer". Eh, ye ker?


#moodraya #diariraya2015 #KakSeri #SeriAishah #puteripurut #JubahEksklusifSeriAishah

DIARI RAYA SERI 23/30 : Tips warna

Pagi-pagi KakSeri dah berselfie. Ahakss.  Nak kongsi tunjuk antara design JubahEksklusif SeriAishah yang KakSeri suka.

Munga-munga pink berlatarbelakangkan deep blue. Warna segar.

Owh ya, hari ni hari rabu. Hari biru. Warna ruang thyroid, warna komunikasi.

KakSeri sememang menggayakan pakaian (99% pakai JubahEksklusif SeriAishah lah kan!) ikut warna hari.

Isnin - Putih
Selasa -Pink/Ungu
Rabu - Biru
Khamis - kuning/Jingga
Jumaat - Hijau
Sabtu - Merah
Ahad - Hitam

Bila ada susunan ni, senang KakSeri pelbagaikan warna dalam wardrobe (baca: gerobok baju) dan pilih.

Boleh memendekkan masa merenung barisan baju sebanyak 80%. 😃😃😃😃

Siapa ada masalah ni, sila angkat tangan🙋.  Hehehe

Ada rahsia disebalik warna ni sebenarnya, untuk aura dan rawatan diri. Kawan-kawan boleh g👀gle. Banyak info khususnya dari sumber Colour Vibration Therapy.

Lunch nanti, ada majlis sambutan Hari Raya di pejabat. So, KakSeri akan pastikan bateri hp ni full. 😊

***laluan iklan***
Nak tengok jubah cantik-cantik di sini
Seriaishah.com/shoppe

#moodraya #diari #diariraya2015 #KakSeri #SeriAishah #senyum #jubah #dress #JubahEksklusif #JubahLycra #LycraEksklusif #polos #tutupaurat #takperlugosok #solatready #wudhumesra #patuhsyariah #JubahEksklusifSeriAishah

DIARI RAYA SERI 21/30 : Nostalgia Dia

NOSTALGIA 

26.7.15 = Syawal ke-10 = Tarikh Lahir AbgHj

Seharian KakSeri bawa AbgHj jalan-jalan (baca: beraya) sempena meraikan harijadinya.😁😁😁

Awal pagi ke Batang Kali berjumpa adik ibu saudara. Sudah lama tak berjumpa. Berbelas tahun juga. Baru kehilangan suami, berusia 39 tahun, anak 6, kecil dan bersekolah. Tiada pekerjaan dan tidak pandai memandu. Namun Alhamdulillah, Allah berikannya jiran tetangga yang baik.

Pesanan untuk adik-adik KakSeri, khususnya para suri rumahtangga sepenuh masa, persiapkan diri untuk hadapi sebarang kemungkinan ya.

Kemudian ke Ampang. Pelopor jalan-jalan baru yang belum pernah kami lalu.
Bawa (baca : co pilot) AbgHj imbau kenangan nostalgianya ke Bukit Belacan. Huhuhu... Kebetulan rumah rakan kami dekat sangat dengan Hutan Lipur ni. KakSeri pun, ini kali pertama ke sana.

Suasana aman tenteram. Ramai yang berkelah. Banyak spot menarik sepanjang jalan bertar. Air cetek. Bagus juga untuk santai-santai main air. Khusus untuk anak-anak kecil.

Selesai beraya di Ampang, kami terus ke Putrajaya. Rakan TIJB yang sangat rapat sejak berunion sampai kini. Ada Laksa Johor yang ohsem uu...

Malam hari, ingat KakSeri mahu belanja AbgHj makan-makan di luar. Tapi AbgHj request KARI IKAN MASAKAN BINI di harijadinya. 😁 Sweetkan! Tipikal Penang mari sungguh kekasih KakSeri ni. Apalagi, KakSeri capai periuk belanga, kuali, sudip yang berkilat dan bersilat.

So dinner untuk birthday boy ialah Kari Ikan Masakan Bini yang ohsem (20 tahun praktis 😊), Ikan selar goreng kunyit garing, Kangkung goreng lada, Sambal Belacan & Nasi putih panas-panas. Air suam yang baik utk kesihatan.
 




💌
Surat Cinta dari KakSeri ringkas sahaja.
"Selamat Ulangtahun buat AbgHj yang baik". Selebihnya, ianya dalam doa KakSeri.

Kata Puteri Purut, "Ayah is the best father ever". Amboi!!




DIARI RAYA SERI 20/30 : 4 Tips layan keluarga mertua

IBU MERTUA KU

Malam ni KakSeri dan famili berkumpul dengan 'adik beradik' sebelah AbgHj.

Emak menakan pupu, MakTeh dan MakTam serta keluarga. Keluarga sebelah Mak Mertua KakSeri.

KakSeri tak sempat jumpa MakMertua. Erti kata lain, mak mertua meninggal dunia sebelum KakSeri berkahwin. Maka, KakSeri tiada pengalaman punyai  Mak Mertua.

Namun mendapat perhatian dari bapa mertua, kakak-kakak dan abang ipar, sudah membayangkan betapa mesranya dan tingginya kasihsayang seorang 'Ibu Mertua'.

Alhamdulillah. KakSeri beruntung.
Bahkan ukhwah dengan 'adik beradik' (baca : saudara mara) AbgHj yang lain juga sangat baik dan rapat.

Menjaga hubungan kekeluargaan dengan pihak pasangan sangat penting. Pernah dengar bidalan ini?
Apabila kita berkahwin denga suami kita, kita juga turut berkahwin dengan keluarganya.
Pasti kita perlukan sedikit masa untuk memahami, apatah lagi jika berkahwin dengan pasangan yang mempunyai bahasa dan budaya negeri yang berbeza.

4 tips yang mahu KakSeri kongsikan untuk adik-adik (khusus wanita) yang bakal 'berkahwin' dengan keluarga pasangan masing-masing.

💌 Belajar faham cara mereka. Bahasa, panggilan, makanan, gaya pergaulan. Jadi pemerhati dan pendengar yang baik.
💌 Komunikasi santai, memuji dan meraikan mereka. Bertoleransi dalam menyuarakan pendapat.
💌 Luangkan masa di dapur bersama (walau tidak memasak, ringankan tangan bantu apa yang perlu)
💌 Adakala kita perlu jadi sesumpah, menukar 'sedikit' gaya supaya terbina rasa kebersamaan dan keserasian.

Psst.. Bukan dengan bisnes partner saja kita apply teknik 'mirroring / matching' ya.



DIARI RAYA SERI 19/30 : Destinasi Hidup

Destinasi Hidup

Pagi-pagi ini, KakSeri terinspirasi dengan perkongsian kawan-kawan tentang arah tujuan hidup.

Tersangat klise kan?

Tapi kali ini, soalan yang timbul adalah, "kita mahu mati sebagai apa?".
Bacalah sebagai "siapakah kita di akhir hayat kita?"

Teringat KakSeri satu hari bilamana Puteri Purut pulang dari tadika dan bertanya.

P.Purut : Ibu, masa hari kiamat nanti, semua orang akan lari merata-rata ker? Kena sorang-sorang ker?
Bonda : Ha a, masa tu semua takutkan tiupan sangkakala, huru hara. Semua orang akan pergi selamatkan diri masing-masing.
P.Purut : Tapi.... kita nak lari sama-sama dengan ibu dengan ayah, pimpin tangan. (Dengan aksi meminta)
Bonda : (terdiam dan sebak)

*********

Setiap kita mahukan pengakhiran hidup yang baik, husnul khotimah.
Harta kekayaan yang kekal abadi yang dikongsikan adalah 3 perkara berikut:
1. Sedekah dan amal jariah
2. Ilmu yang bermanafaat
3. Anak soleh yang mendoakan

KakSeri perlu fikirkan sesuatu. Duduk dan fikir.
Gambar : Eh! Kebetulan pulak. 😊😊


DIARI RAYA SERI 18/30 : Lunch cepat

Lunch hari ini.

Lengang, sunyi dan sepi di pejabat hari ini. Ramai masih bercuti.


Segan sungguh nak keluar lunch tengahari ni sorang diri. Sudah pun diduga hal ini.
Makanya KakSeri dah bekalkan ini awal-awal lagi. Kacau panas-panas, sedapnya tak terperi.
Tetiba teringatkan rakan-rakan baru KakSeri, Pn Wan Rohbaini dan Tn Arissandy.

Salam Lebaran dari KakSeri.

DIARI RAYA SERI 17/30 : Tips Muliakan Tetamu

Memuliakan tetamu.

Tetamu Raya Pertama KakSeri berkunjung ke rumah malam ini. Aduuhh.. terlupa mahu abadikan momen itu di kamera.


Leka dengan perbualan rancak dan beberapa perkongsian tips bisnes. Inilah hikmah berkawan-kawan. Sentiasa ada ilmu bertukar-ganti.

Dari Abu Hurairah R.A katanya:
“Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
Hadith riwayat Muslim.

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”

Alhamdulillah.

KakSeri ambil kesempatan ini mahu kongsikan 6 tips adab-adab melayan tetamu. (Sambil berg👀gle)

 menyambut dan menjemput tetamu masuk dan menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
.
 Wajib menutup aurat.
.
 Menggunakan bahasa yang sopan dan baik ketika bercakap.
.
 Menyediakan tempat duduk yang selesa dan bersih.
.
 Menyediakan makanan dan minuman yang terbaik mengikut kemampuan.
.
 Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.



DIARI RAYA SERI 16/30 : Alya

Nor Alya Nadhirah

Bonda sudah pulang ke sarang awal malam semalam. Tinggal anakanda di rumah bersama ninda dan pulang ke sarang sekolahnya hari ini.

Bonda tak dapat hantar anakanda pulang, kerana komitmen kerja bonda pada hari ini.Tak mengapalah, sudah berhari2 kita beraya bersama. Dia pon ok saja. Sudah dewasa.

Katanya, naik sekolah ini, trial SPM bermula. Bonda doakan anakanda tenang dan terang hati, diberi ilham untuk menjawab soalan exam dengan betul. Capai cita-cita.

Alya, anak bonda yang bijak. Hehehe. Sama dengan anakanda yang lain juga. 😃

Seumur 4 tahun sudah membaca, seawal 5 tahun sudah naik Al-Qur'an.
Ketika di Tadika, mendapat anugerah THE BEST OF THE BEST bagi rangkaian Tadika Murni Seremban-KL.
Semasa ujian penggal pertama Darjah 1, markah ujiannya 500/500. Sejarah pertama di sekolah.
Mengekalkan di kedudukan terbaik di sekolah rendah sebelum ke Sekolah Tun Fatimah.
Seawal usia 12 tahun sudah terpisah jauh dari bonda. Namun itu pilihannya juga. Cita-cita mahu sertai kumpulan band STF yang ternama.
Baru-baru ini menerima Anugerah Bonda STF bagi keputusan 9A ujian penggal pertama.

Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah kepadanya dan kepada kami sekeluarga.
Pendiam dan manja. Anak ayah, akuinya. 😊


DIARI RAYA SERI 15/30 : Model Khas

Ibu, model eksklusif Jubah SeriAishah. 👑 

Sepanjang Syawal ini, ibu sentiasa menggayakan koleksi jubah khas dari SeriAishah.

Sejak mempunyai koleksi jubah/dress atas label sendiri, KakSeri akan pastikan Ibu akan dapat beberapa helai untuk dirinya mengikut saiznya.


Ibu, pada ketika usia 65 tahun, masih prihatin dengan kekemasan diri dari segi pemilihan penggayaan pakaian juga penjagaan kulit. 😊

Beliau sangat memilih. Namun beliau sangat berpuashati dengan JubahEksklusif SeriAishah kerana potongannya, materialnya dan coraknya.

SeriAishah sememang direka untuk wanita anggun manis berusia 35 tahun ke atas yang mahukan gaya ringkas, selesa dan eksklusif.
👗 Potongan polos yang tidak melekap pada badan, Solat-Ready dan patuh syariah.
👗 Printed design yang menutup kontur badan membuat pemakai sangat selesa
👗 Material Lycra Eksklusif yang sejuk dan tidak mudah berpeluh dan tidak perlu digosok.

Gambar : Ibu KakSeri menggayakan jubah bercorak Geometri yang manis berwarnakan alami.


Dapatkan beberapa helai untuk bonda tercinta ya!
Tawaran istimewa masih berlangsung sehingga habis Syawal. 😊



DIARI RAYA SERI 14/30 : Tema JDT

JDT Merah Biru

Luaskan kuasamu Johor
Setia bersamamu Johor


KakSeri sorang Johor pior
Si cinta hati Penang tegor
Dua permata red yellow Selangor
Sorang lagi orang Kolompo

🎶 Ale... ale.. ale.. ale... 🎵🎵🎶

Mahu dress JDT seperti kami?


DIARI RAYA SERI 13/30 : Beribu Sesalan

How time flies!

Balik dari beraya sepanjang hari ke Kulai, Kluang, Simpang Renggam semalam, kami berkumpul pula di studio muzik milik dinda Datin Hayati dan suami Dato' Othman.


Wah.. apa lagi sakan lah berkaroks.
KakSeri pulak alergic jumpa mic.🎤 😄

Kali ini list lagu KakSeri ada kelainan. Tiada lagu Setiaku Di Sini dan Korban Kasih by Ziana Zain

KakSeri imbau kenangan remaja dengan lagu-lagu Endang Estaurina seperti Titip Rindu, Dia Yang Ku Cari. Juga lagu-lagu evergreen Sanisah Huri.

Ditengah-tengah sessi, TRIO KakSeri dan 2 adik perempuan KakSeri, Datin Hayati Ramlan dan ALin DarLing, sepenuh hati sampaikan lagu BERIBU SESALAN. Fuhh mencabar sampai repeat 2 kali lah! Hahaha...

Bila dah nak sampai penghujung list pilihan lagu, tiba-tiba, keluar semula lagu yang sama. Terpinga-pinga juga kami. Eh! Takkan sampai 3 kali kot!

Rupa-rupanya anak dara TRIO kami pulak nak nyanyi lagu sama. Eceh! Jeles ler tu...

Masa bergerak pantas. Anak-anak semakin dewasa. Ibu tetap maintain muda (jiwa, raga dan cinta).


DIARI RAYA SERI 12/30 : JubahEksklusif

Ini cara baru. Cara baru berposing dengan JubahEksklusif SeriAishah.

Kami berdua penggaya Koleksi Puteri Ayra terkini di Syawal gemilang ini.

Selesa, kemas terletak dan sejuk ajo..

Mahu lihat kesemua Koleksi Puteri by SeriAishah di sini seriaishah.com/shoppe

Untuk pembelian online, hanya perlu PILIH dan ADD CART. Platform yang mudah dan ringkas untuk keselesaan semua....

Pilih dengan gembira ya.



Powered by Blogger.