Cabaran 30 hari Blogging : VISION BOARD

Ini adalah cita-cita KakSeri. Cita-cita dan impian yang sedang terlakar di dalam setiap ruang minda KakSeri.

Amat sukar untuk dihidangkan dalam bentuk sebegini tanpa kekuatan dan cita-cita yang mantap di dalam jiwa. Akan KakSeri usahakan dengan penuh daya dan kekuatan diri juga melalui sokongan suami, setiap ahli keluarga dan semua sahabat berikan.




Alhamdulillah. Pada 2020 KakSeri sudah mempunyai Holding Company yang teguh kukuh menguruskan anak-anak syarikat di bawahnya.
+ Trading
+ Education
+ Apparel

Alhamdulillah. Pada 2020 KakSeri sudah mempunyai Tabung Yayaysan yang mempunyai peruntukan luarbiasa bagi membiayai dan meguruskan beberapa buah pusat pengajian agama, pembangunan akhlak dan instituisi pengajian am. Selain membiayai pusat-pusat kebajikan yang memerlukan.

Alhamdulillah. Pada 2020 KakSeri sudah mempunyai Tim Pembangunan Usahawan yang akan membantu anak-anak muda menjadi usahawan yang berkaliber sebagai Pemimpin yang akan membentuk ribuan pemimpin baru dalam dunia usahawan. Menjadikan masyarakat Melayu khususnya mempunyai minda usahawan jutawan.

Alhamdulillah. Sepanjang masa KakSeri mempunyai sebuah keluarga bahagia yang mempunyai MASA yang seimbang untuk sumbangan dan ibadah di dunia dan bekalan akhirat.

Pesan KakSeri, jangan berhenti mengharap, banyakkan memberi. Memberi adalah pintu rahsia kekayaan.

Doakan KakSeri dan KakSeri doakan pembaca semua mencapai cita-cita kalian. Amiin.

ok. bai!






10 + 1 Panduan Asas Penjagaan Vagina

Kesedaran terhadap penjagaan vagina di kalangan wanita masih lagi cetek disebabkan kurangnya pendedahan kepada betapa pentingnya tahap kesihatan vagina ke atas diri setiap wanita.


Justeru, majoriti wanita sanggup menghabiskan wang untuk kecantikan wajah dan tubuh badan sehinggakan mereka lupa menjaga aset yang sangat penting iaitu kesihatan dan kebersihan vagina. Kesihatan bahagian intim ini tidak boleh diambil mudah , ianya perlu dijaga dengan betul agar berada dalam keadaan baik.



Namun, bagi wanita yang sudah berumah tangga terutama sudah melahirkan anak, fokus pengambilan produk berkaitan vagina tertumpu kepada aktiviti mengetatkan vagina kerana bimbang vagina tidak lagi 'sehebat' dulu.


11 Panduan Asas Penjagaan Vagina 


Dari pembacaan dan pengalaman, di sini kakSeri nak kongsikan tips penjagaan asas menjaga aset intim ini bagi memastikan vagina sentiasa sihat dan cantik.

1. Setiap kali membuang air kecil atau besar bersihkan bahagian luar dengan menggunakan air.  Penggunaan tisu basah tidak digalakkan keran dikhuatiri bahagian tersebut tidak benar-benar bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

2.  Ketika haid, pastikan kawasan sekeliling sentiasa kering. Bila darah haid keluar dengan banyak dan membasahkan tuala wanita, harus diganti secepat mungkin. Amalan ini bukan sahaja membuatkan anda merasa selesa malah ia juga dapat mencegah pembiakan kuman yang mudah tersebar menerusi darah yang basah. 

Belilah tuala wanita yang diperbuat dari kapas. Kebanyakan tuala wanita yang ada di pasaran diperbuat dari bahan kitar semula yang dilunturkan yang seterusnya menghasilkan sejenis toksin dikenali sebagai Dioksin. Dioksin yang bersifat karsinogen ini adalah salah satu punca pembentukan kanser di pangkal rahim. 

Jenama Lexee adalah antara tuala wanita dari kapas yang boleh dijadikan pilihan yang menepati tips penjagaan vagina seperti serapan tinggi yang mejadikan kawasan intim sentiasa kering sewaktu haid. Baca kelebihannya disini.

Pada hari-hari yang darah keluar dengan banyak anda juga digalakan menukar seluar dalam mengikut keperluan.

3. Wanita digalakkan memakai pantyliner yang memberi pengudaraan yang baik dan  bagi megelakkan penukaran seluar dalam yang kerap apabila terdapat 'discharge' dari vagina.

4.  Jangan mengamalkan douching iaitu memasukkan pancutan air kedalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.  perbuatan ini kan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan intasi kulit.

5.  Elakkan mengunakan sabun atau mandian untk membersihkan alat sulit. Ia di khuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kulit.  Selain itu, perbuatan tersebut kan menyebabkan rasa kurang selesa pada vagina seperti gatal.



6.  Bersihkan vagina dengan air bersih tanpa pencuci bahagian intim kerana bahagian ini sangat sensitif.  Kita harus ketahui ada wanita yang alah pada pewangi dalam buku sabun.

7.  Tukar seluar dalam pada setiap kali mandi .  Bagi wanita yang mengalami keputihan, anda disarankan memakai pelapik seluar/pantyliner dalam agar keputihan tidak melekat pada seluar dalam dan menyebabkan anda tidak selesa.

8.  Khusus untuk anda yang sudah berkahwin bersihkan alat sulit anda sebelum dan selepas bersama pasangan.  Amalkan buang air kecil selepas lebih kurang setengah jam anda bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecil.

9.  Jangan berkongsi alat pencukur kerana ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hipetitis B . Jaga kebersihan alat cukur kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang gemar mencukur bahagian intim.

10.  Peka dengan perubahan  bahagian intim . Jika berlaku bengkak nanah,segera berjumpa doktor .  Begitu juga dengan lelehan bahagian faraj , jika berwarna kuning , hijau atau berdarah ia adalah petanda bahagian intim anda dijangkiti kuman.

11. Lakukan ujian kesihatan vagina setiap bulan, selepas kering haid, untuk memastikan vagina sentiasa sihat dan memastikan perlunya rawatan segera andaikata keputusan ujian tidak elok, dan menjamin kesihatan vagina dari penyakit lain yang lebih kronik.

Vagina Health Test Kit diberikan secara percuma di dalam setiap pek Pad dan Pantyliner Lexee dan ujian boleh dilakukan sendiri di rumah.




PETUA TRADISONAL

Ada juga KakSeri terbaca petua bagaimana orang lama menjaga aset intim mereka. Ini bermakna, sejak dari dahulu lagi, kesedaran tengtang penjagaan vagina ini telah diambil kira.

Cara-caranya: 
Rebus daun sirih, tapis airnya.  Gunakan air rebusan sirih ini untuk mencuci bahagian intim.  Ia dikatakan amat mujarab untuk mengatasi masalah keputihan dan membantu menghilangkan bau.

Selain itu, anda boleh menggunakan buah manjakani untuk merawat vagina secara natural.  Rebus 5 bjiji manjakani dan mabil airnya dan disimpan dalam botol.  Gunakan air ini untuk membasuh vagina.  


Pesan Kakseri : Jaga apa yang kita ada sekarang seelok-eloknya sebelum ketiadaannya. Ok Bai!

Cabaran 30 hari Blogging : 5 LAGU CINTA KEGEMARAN

KakSeri dan Ziana Zain tak dapat dipisahkan. :)

SETIAKU DI SINI - adalah lagu kegemaran KakSeri, di tangga teratas. ewah! Lagu carik makan dan lagu wajib bila berkaroks. Kebanyakan lagu-lagu Ziana Zain semua KakSeri suka dan agak sesuai jugaklah dengan nada suara KakSeri yang 'high note' nih. (ye ker?)

Biar ku dicengkam gelisah
Dibuai rindu yang mendalam
Resah mendamba belaianmu
Yang teramat kudahaga..
Kumasih lagi setia
Biarpun takdir mencabar
Kita terpisah
Kumasih lagi di sini
Berpegang teguh kalimah cinta
Ku bisikan dalam tangisan
Yang gugur berderai ke bumi
Menjadi bingkisan ku yang akhir
Untuk bekalan jalanmu
Mencari mahkota
Menghiasi pelamin kita.




KakSeri suka Ziana Zain sejak dia mula-mula menyanyi sampailah sekarang. Anggun dan pandai jaga badan. Sentiasa cantik dipandang mata. Umur pun rasanya lebih kurang sama dengan KakSeri. Itu yang KakSeri jeles sesangat sampai terpaksa minat. hahaha..

Alhamdulillah Ziana Zain dah berhijab sekarang. Lagilah  KakSeri LIKE!


Lagu kedua lagu Celine Deon, I SURRENDER. Ini lagu menusuk kalbu, berkorban semuanya untuk cinta....

I know I can't survive
Another night away from you
You're the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there's no better time
From this fear I will break free
And I'll live again with love
And no they can't take that away from me
And they will see...
I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We'd make it through
A thousand dreams I still believe
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go
I surrender



Lagu ketiga, PELANGI PETANG nyanyian Arwah Sudirman Hj Arshad. Pergh.. boleh naik bulu roma kalau menghayati bait-bait lagu ni. Ini lagu karoks KakSeri jugak.

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...



Lagu keempat ialah lagu santai-santai relaks dari Alleycats, KUALA LUMPUR. Lagu yang sesuailah sangat dengan percintaan KakSeri dengan Abang Haji KakSeri tu.. oh! so sweet!!

Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua...



Lagu cinta kelima kegemaran KakSeri  ialah lagu Michael Bolton HOW AM I SUPPOSED TO LIVE WITHOUT YOU. Lelaki bersuara 'jantan'. fuhh!  Lagu ini tersangatlah sentimental nya. Menghafal dan menyanyikannya bersungguh-sungguh di ruang rehat asrama APK pada 1990 bersama-sama U-mate, Mokti, Anor & Sally. What a nostlagic memory!

Tell me how am I supposed to live without you
Now that I've been lovin' you so long
How am I supposed to live without you
How am I supposed to carry on
When all that I've been livin' for is gone

Dalam kehidupan KakSeri, lagu sangat memainkan peranan dalam mengimbau kembali kenangan lama. 

Contohnya, bila dengar lagu Isabella nyanyian Search, teringat kisah dalam bas dari JB ke kampus UTM Skudai, 1988.


KakSeri dulu-dulu : suka sangat dengar dan nyanyi lagu Ziana Zain PUTUS TERPAKSA yang tersangatlah tinggi notenya. Ziana pon jarang-jarang bawak lagu ni di live performance dia. Siang malam nyanyi/dengar lagu ni dengan walkman berheadphone, sampaikan bila tersedar dari tidur, lagu ni yang keluar dari mulut dulu. Sampai room-mate pun takut. Dia ingat KakSeri mengigau. huhu.. taksub sungguh dengan ZZ!



Cabaran 30 hari Blogging : Selfie vs monopod

Yippie!

Bila bercakap tentang Selfie mesti secara otomatiknya, perasaan kita akan rasa gembira. Senyum sampai telinga. Sangat jarang-jarang KakSeri tengok orang berselfie dalam keadaan berduka lara, monyok dan kusam. Kan?

KakSeri jarang berselfie. sesekali ajer... bab posing2 ni KakSeri memang suka tapi bab selfie ni KakSeri jadi pemalu pulak. (Ye ker?)


Kiri atas : Bersama Bonda. Kanan atas : Bersama Ayahanda
Kiri bawah : Anakanda Aira. Kanan bawah : Kekanda Suami

Berikut ada beberapa potret selfie yang berjaya di upload setelah beberapa kali 'take'. hahaha


 



Punyalah letih nak berselfie sebab KakSeri takde monopod. Kalau berselfie dalam kereta, memanjang asyik blur.. mau 10 kali take baru boleh dapat yang ok. Belum masuk bab kena tapis lagi..  hehehe

Apapun pesan KakSeri, jangan berselfie ketika memandu. Bahaya tu. Ok bai!


Like & Share
http://www.facebook.com/vitasafe.aishah/
http://www.facebook.com/lexee.aishah/
http://www.facebook.com/jubah.aishah/






Cabaran 30 hari Blogging : JUBAH MODEN KONTEMPORARI

Bermula awal 2014, jubah sudah menjadi satu trend pakaian pada masa ini.

Kalau sebelum ini, jubah hanya disarungkan apabila seseorang mahu menghadiri majlis agama di Masjid, surau atau mana-mana kelas agama. Paling tidak pun, oleh mereka yang telah pulang dari Mekah menunaikan Umrah atau Haji.

Luar biasa selesa dan meyakinkan.

KakSeri mula memakai jubah sebagai pakaian harian bukanlah kerana trend semata-mata. Sebab utama adalah kerana keselesaan. Apabila mula-mula menyarung memang sungguh luar biasa selesa. Berpotongan polos yang tidak menampakkan potongan badan.

Ini sekaligus menambah keyakinan diri apabila berpakaian dan berada dikhalayak.

Berjubah ke pejabat

Setelah selesa dengan pemakaian jubah ini, KakSeri mula menempah beberapa helai jubah yang design dan pattern nya sesuai untuk pakaian ke pejabat.

Yup. Tiada rasa ganjil berjubah ke pejabat malah ianya melengkapkan gaya muslimah yang seperti yang sebenarnya disarankan oleh agama.

Penyelesaian kepada ramai yang mahu berjubah ke pejabat.

KakSeri tahu yang ramai pekerja-pekerja wanita yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan jubah yang sesuai digayakan di pejabat. Ini kerana, kebanyakan jubah yang ada di pasaran lebih kepada untuk menghadiri majlis khas seperti majlis makan malam, majlis perayaan dan kebanyakannya berwarna hitam.

Tidak semena-mena timbul idea untuk menyediakan jubah moden kontemporari yang Ready-Made. Maka, KakSeri telah berkolabrasi dengan rakan niaga untuk menghasilkan jubah pilihan seperti ini kepada mereka.

Alhamdulillah, kolaborasi ini berjaya menghasilkan beberapa koleksi Jubah Puteri yang ringkas dengan harga yang sangat bersesuaian dengan material dan kualiti jahitan iaitu di antara RM160 sehingga RM220 sahaja.

Jubah Puteri SeriAishah

Akhirnya, lahirlah satu jenama Jubah Puteri SeriAishah untuk anda. Jubah ini sangat Eksklusif kerana satu corak untuk satu saiz sahaja. Tiada 2 yang serupa. Jubah Puteri dijahit untuk saiz sahaja iaitu M, L & XL.

Antara pilihan Jubah Puteri untuk anda.






Tak perlu digosok. Mudahnya!

Menggunakan material Lycra Korea bermutu tinggi (tidak terdapat di Jak** mahupun Gula***), material ini sangat mudah diuruskan. Tidak perlu langsung di gosok. Sangat-sangat mudah. Mesti semua suka kan?


Mudah ambil wudhu'

material Lycra mempunyai kelebihan tersendiri. Ianya stretchable. Design 'cuff' dihujung lengan Jubah SeriAishah tampak kemas dan ianya magis. Boleh disinsing hingga ke siku untuk memudahkan pemakai mengambil wudhu'.



Pelbagai pilihan untuk memenuhi citarasa semua.

Kemudian lahirlah design-design bercorak sebagai pilhan alternatif kepada pemakai.



Mahu lihat lebih banyak pilihan Jubah Seri Aishah? sila LIKE & SHARE Butik Jubah Eksklusif.  Kemungkinan ada tawaran harga menarik untuk anda.

KakSeri nak pesan, jaga penampilan diri dalam apa juga suasana, khususnya apabila berada di rumah.

Cabaran 30 hari Blogging : APA YANG SAYA BACA


Buku pelaburan hartanah.

Sejak akhir-akhir ini, KakSeri mula berminat untuk belajar ilmu pelaburan hartanah. Hmmm... dah hampir nak senja baru terbuka minda dengan pelaburan yang membuatkan ramai yang jadi jutawan ini. Ooopss tak kurang juga ada pelaburan yang tak menjadi... ini semua gara-gara ILMU.   

Jadi KakSeri mula berjinak-jinak dengan buku-buku dan blog mereka yang berpengalaman luas dalam bidang ini.

Idola KakSeri dalam bidang hartanah ialah Mentor Pelaburan Hartanah Azizi Ali. Biasalah kan, guru pertama selalu kita ingat. 

Kini ramai juga mentor-mentor baru yang hebat seperti Saufikarim, TuanBri, Dr Shah, AbangEnsem dan ramai lagi. KakSeri pun sudah mula membaca blog-blog mereka. In sha Allah ada kelapangan masa, KakSeri nak sertai kelas atau seminar mereka. Fuhh.. mesti ohsem!

Ini antara buku-buku Azizi Ali di dalam koleksi KakSeri.


Gambar KakSeri & suami bersama  Mentor AziziAli di seminar hartanah.

Buku pelaburan emas


Selain itu, kakSeri juga ada membaca buku tentang pelaburan emas dan perak. Berdikit-dikit menabung melalui emas dan perak. Cuma KakSeri ni agak konservatif sikit dalam pelaburan emas ini. Walau banyak cara pelaburan emas dijalankan, namun KakSeri lebih gemar membuat pelaburan secara berkala dan menggunakan konsep DCA seperti mana amalan pelaburan di dalam unit amanah.

Menyimpan Dinar dan dirham juga adalah Sunnah. :)



KakSeri adalah Authorised Dealer Public Gold

Kalau mahu tahu bagaimana mahu membeli kepingan Emas (bullian), Dinar emas ataupun Dirham perak dari KakSeri, boleh baca entry ini. Cara-cara membeli emas Public Gold atau hubungi KakSeri ajer.


Kepentingan pelaburan.


Maklumat di dalam gambar ini memberi gambaran yang jelas bagaimana inflasi menjejaskan nilai wang tunai yang kita simpan.

Kesan inflasi sangat mudah ditafsirkan. Sebagai contoh, segelas teh tarik saiz biasa pada tahun 1990 berharga 60sen, pada tahun 2000 berharga RM1 dan pada 2014 berharga RM1.50.

Kenaikan harga barang adalah berkait rapat dengan inflasi. Semakin inflasi meningkat dalam jangkawaktu tertentu, semakin kecil nilai wang ketika itu.

Maka dengan kaedah menukar wang tunai kepada emas atau melalui pelaburan hartanah, sekurang-kurangnya nilai wang dapat dikekalkan dan sekiranya pelaburan itu menjadi, nilai wang dapat di kembangkan.


Buku yang membuka mata tentang penabungan dan pelaburan.

Inilah buku yang sebenarnya membuka mata KakSeri tentang bagaimana sepatutnya kita membuat tabungan dan pentingnya pelaburan jangka pendek dan jangka panjang. Buku ini sangat bagus. Ia sangat praktikal dan mudah difahami.



Buku ini banyak memberi panduan berkesan dalam pengurusan kewangan bulanan, memilih pelaburan mudah seperti pembelian insuran medikal dan pelaburan unit amanah.

In sha Allah, KakSeri banyak berkongsi dengan para pelabur-pelabur tentang konsep pelaburan mudah yang mampu memberikan pulangan yang baik melaui buku-buku yang KakSeri baca. Kalau nak minum kopi dan bersembang santai tentang pelaburan, roger KakSeri. In sha Allah, kita sampaikan ilmu kurniaan ini bersama-sama.


Pesan KakSeri, sebelum berbelanja, tengok wallet dan tanya, "dah ketepikan 10% dari gaji bersih untuk duit tabungan"?  

Ok Bai!












                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Cabaran 30 hari Blogging : MY LOVE

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana IZINNYA KakSeri hidup bersama-sama keluarga, suami, anak-anak yang prihatin kasih sayang.

Semoga kebahagiaan yang dikecapi hari ini berkekalan selamanya sehingga ke akhir zaman. Ini antara doa KakSeri untuk keluarga, ibu bapa, diri sendiri, suami dan anak cucu cicit zuriat di masa hadapan. KakSeri juga berdoa agar seluruh keluarga KakSeri dan seluruh keluarga pembaca semua sentiasa berada di dalam keampunan ALLAH dan bertemu kembali di SYURGAWI alam yang kekal untuk menikmati kasih sayang yang kekal abadi.


Siapa lagi yang kita sayang kan kalau bukan keluarga kita khususnya yang paling rapat iaitu Ayahbonda, suami dan anak-anak. Terlalu besar skopnya, namun KakSeri cuba untuk mengecilkan fokus kepada ketiga-tiga di atas.

Kasih Ayahanda Bonda hingga ke Syurga

Itulah kata pujangga yang akan kekal selamanya. Keduanya berasal dari Johor. Abah, Hj Ramlan bin Khamis dari Kluang, ibu Hjh Rokiah binti Amrah dari Mersing dan mereka menetap di Kota Tinggi membesarkan kami 7 beradik.

Gambar kenangan Abah Ibu di Kota Cinta Rome Feb 2013


Cute kan?
Doa KakSeri, Mohon ALLAH berikan segala kegembiraan dan kebahagiaan yang ada di mukabumi ini untuk kedua ayahbonda kita. Semoga tiada sekelumit pun keresahan, kebimbangan mahupun rasa dukacita melintas di hati mereka. Di tempatkan di JANNAH AL FIRDAUS di alam kekal nanti.

Suami peneman hidup berkelana

Muhd Hadzir Abu Hassan jodoh yang ditakdirkan ALLAH semasa sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak Kuala Lumpur. Senior KakSeri dalam jurusan yang sama Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.

Mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 setelah perkenalan  kali pertama di Makmal komputer pada 1989. How sweet.... (menulis sambil tersenyum sampai telinga)

Kisah bibit cinta kami pernah di siarkan di Majalah Midi keluaran Oktober 2013. Klik link ini. Cinta makmal komputer.


Anak-anak penghibur kehidupan

Dikurniakan 3 orang cahaya mata, Muhd Syafiq 18, Nor Alya Nadhirah 16, Nor Aira Zahirah 6. Mereka menceriakan kehidupan KakSeri dan suami juga keluarga keseluruhannya.


Terima kasih Ya ALLAH kerana dengan izinmu, kami bahagia seadanya. ALHAMDULILLAH.

Pesan KakSeri, sayangi mereka ini selagi semuanya masih ada..  Ok baii!










Cabaran 30 hari Blogging : APA DALAM BAG SAYA

10 minit sebelum ambil gambar dan menulis artikel ini, KakSeri kelam kavut kemas handbag.. hehehe. Standard lah kan. macam kita juga, sebelum photoshoot, make over dulu...

KakSeri ni suka tukar-tukar handbag. Kadang-kadang ikut tema baju lah, ikut tema majlis lah. Yang paling suka ikut tema ringkas-ringkas especially kalau ke pejabat.


Agak pening juga kalau tukar-tukar handbag ini kan. Adakala tertinggal itu dan ini.. yang semuanya pun penting. Dan kadang-kadang segala macam tok nenek nak letak dalam handbag sampai rasa macam ada batu! Bila rasa berat sangat, alamatnya incik suami jadi mangsa kena bawa handbag KakSeri. :)


Bagi memudahkan penukaran handbag ni,  KakSeri pilih untuk pakai 'handbag organiser'. Kalau tanya KakSeri, kat mana nak beli organiser ni, KakSeri tak tahu nak bagi idea sebab organiser ni KakSeri kirim dengan kawan yang melancong ke US. Harganya lebih kurang RM50.


Atas sebab kegemaran menukar handbag juga, Kakseri suka pilih handbag jenis 'tote' yang mempunyai ruang buka yang luas seperti Long Champ. Jadi senang kerja alih mengalih organiser ni.

Handbag Organiser
So dalam organiser ni memang macam-macam ada. Tapi nampak kemas dan teratur aje bila letak dalam handbag. Macam gambar ni.


Berbalik kepada topik kita, apa dalam handbag saya?, saya ada ini.


+  Purse - wajiblah kan. 
+  Beg Syiling - letak syiling dalam ponjot khas. Senang bila nak carik syiling.
+ Note book - ada masa tanpa di duga ada ilmu atau idea yang hadir. So harus di catit secepat mungkin. Kadang-kadang kalau tak sempat, rekod saja di henfon.
+  Buku doa dan surah surah pilhan - hadiah dari ibu KakSeri. 
+  Minyak sejuta wajah - penawar pelbagai guna.
+  Anti bacterial hand moisturiser - sanitiser.
+  Hand lotion - Crabtree & Evelyn kegemaran KakSeri
+  Nivea lips moisturiser
+  Lipsticks
+  Perfume Miniature


+  Cermin sakti - hehehe
+ Jarum peniti, brooch & safety pin - standby untuk macam-macam situasi kecemasan
+  Business Card
+  Pen dan Pensel
+ Tisu
+ Pad&Pantyliner LEXEE - ahaa, yang ini KakSeri tak boleh kompromi sebab ini sangat penting. Penggunaan harian dan 'kecemasan'.

Antara kelebihan yang KakSeri suka pasal produk Lexee ni ialah ciri-ciri hygiene nya. Wrapper/sampul luaran pantyliner dan pad ni sangat kemas dan kuat.  Bermakna, pad atau pantyliner ni sentiasa berada di dalan keadaan bersih dan terjaga kerana tiada langsung peluang anasir-anasir luar seperti semut yang boleh masuk. Dilindung baik oleh wrapper yang berkualiti. Almaklumlah kan, dalam handbag kadang2 ada terselit gula-gula lah, biskut lah. Sebab tu KakSeri tak risau letak dalam handbag. Tak sama macam jenama lain yang sampulnya terbuka dan terasa kurang hygiene bila nak pakai.

Nak tahu lebih lanjut tentang Pad&Pantyliner LEXEE,  klik link ini. Kelebihan Pad&Pantyliner LexeeLike & Share Page ni juga. https://www.facebook.com/Lexee.Aishah 



KakSeri reserve satu ruang pada organiser ini untuk simpan pelbagai kunci. Kunci kereta, kunci pejabat, kunci rumah... etc.


Untuk vitamin, KakSeri tak biasa guna pill box dalam handbag untuk letak vitamin atau supplement Shaklee yang KakSeri makan waktu tengahari. Sebaliknya KakSeri memang beli set khas (setiap satu) di pejabat sebab pada KakSeri kebersihan lebih terjamin apabila vitamin ini diletakkan di dalam botol asalnya. Contohnya, Vitamin C tidak boleh terdedah kepada oksigen kerana ia akan merembes keberkesanan Vitamin C itu sendiri.


Owh! Jadi, itulah lebih kurang cerita KakSeri bagi topik ni.  Pesan KakSeri, rajin-rajin kemas resit yang ada dalam purse atau handbag tau!

Ok Bai!







Cabaran 30 hari Blogging : TIPS KEMAS RUMAH

KakSeri konfius dengan topik hari ni... KakSeri nak cerita tip kemas rumah ker atau tip suruh puan bibik kemas rumah? hahaha..

Dulu-dulu sebelum ada puan bibik, kegemaran KakSeri memang mengemas rumah. Berbanding kerja-kerja rumah yang lain seperti melipat kain dan seterika baju, mengemas rumah lebih menarik dari skop dan cara kerja. 

Rumah KakSeri halus dan kecil, maka takde lah berat sangat nak mengemas. Itu yang KakSeri pening kalau tengok bibik buat kerja tak bersih-bersih macam KakSeri pernah buat dulu-dulu. 

Dulu-dulu, setiap hujung minggu, lepas subuh memang dah mula kerja mengemas. Masa anak-anak belum bangun main lagi. Senang sikit nak buat kerja dengan tenang dan aman.

Ini antara peralatan yang KakSeri guna.

Megelap

Mula-mula KakSeri buat kerja mengelap dulu. Lap meja, almari, pokok bunga, telefon, segala macam cermin yang ada. Lap guna anti static material duster yang beli kat Ikea tu bagus. Semua abuk melekat kat pengelap dari berterbangan kat udara atau jatuh ke lantai. 

Kalau nak lap cermin, guna kertas suratkhabar. cepat kilat.

Kerja mengelap ni memang mencabar. Kalau tak bersin dek abuk, memang tak sah. Kalau abuk tebal, nyaris-nyaris jadi selsema. Untuk selamat kenalah pakai mask.



Mengemop


Alih segala kerusi, perabut apa-apa barang atas lantai yang boleh di alih. Sekali tengok, macam-macam ada.. taik cicak, abuk-abuk, rambut, sisa keropok, sisa biskut... semua ada. 

Memvakum

Selesai mengemop, sessi ke-3 menyapu pulak. Guna vaccum cleaner ajer.. Bila dah mengemop, kerja menyapu jadi lebih senang. Tinggal abuk2 halus ajer.

Mengemas

Dah siap 3 perkara di atas, baru lah mengemas semula. Masa mengemas ni paling suka.  Susun atur perabot.

KakSeri rajin tukar posisi perabut dalam rumah. 2-3 bulan sekali KakSeri alih. Biar tak rasa bosan dengan ruangan dalaman. Cuma bila dah jumpa posisi yang paling best, kekalkan dalam masa 6 bulan. Pastu ubah lagi.

Akhir sekali, sembur pewangi rumah.

Bilik Air

Bab basuh bilik air, tiada masalah bagi KakSeri. KakSeri amalkan mencuci bilik air ketika mandi. Setiap hari KakSeri akan bertukar-tukar bilik air. Kalau rumah KakSeri tu ada 3 bilik air, KakSeri akan gunakan ketiga-tiga bilik air dalam seminggu. Mudah ajer.

Melipat kain & Menggosok

Kak Seri basuh kain hari-hari, tapi lipat kain seminggu sekali. Biasalah kalau kain tinggi menggunung sepanjang minggu. KakSeri akan asingkan mana baju nak dilipat dengan mana baju nak digosok.

Hari menggosok KakSeri adalah pada hari Sabtu malam Ahad.  Pada ketika ada Cerekarama TV3. Hari dan masa yang rutin, tak boleh buat kerja lain. Maka segala peralatan menggosok akan KakSeri bawak ke ruang menonton. Jadi sambil tengok TV sambil iron baju. Cerita habis, baju yang nak digosok jugak habis. Lega... 

Gunakan Steam iron untuk kerja menggosok yang mudah dan cekap.



Baju kerja, baju sekolah anak-anak memang KakSeri bagi cukup untuk lima 5 hari. Jadi sepanjang minggu memang tak sentuh iron kecuali untuk gosok tudung KakSeri aje.

Mengemas Laman

Dah selesai kemas dalam rumah, barulah KakSeri kemas laman rumah. Aktiviti ni buat petang-petang hujung minggu pun ok. Santai-santai kemas laman. Kalau nak membaja pokok pon KakSeri buat Ahad pepagi, sebelum siram.


Seronok kan kalau dapat buat kerja rumah dengan incik suami dan anak-anak turut serta. Boleh jadikan riadah mingguan dalam keluarga.  Rumah kita Syurga kita.

ok baii!











Powered by Blogger.